Lifehack Merekod Perjalanan Kerja Luar Dengan Bantuan Media Sosial

Untuk korang yang mungkin selalu kena kerja luar, travel ke sana sini. Mungkin ada masalah untuk merekod perjalanan korang. Rekod perjalanan mungkin penting bagi sesetengah company untuk tujuan claim nanti kan. Sebab gua alaminya. Jadi gua menemui cara yang praktikal dan mudah untuk merekod kan perjalan gua terus ke Google Calendar hanya checkin menggunakan Swarm + IFTTT.  (dan artikel ini menyangkal mentaliti jamban orang kita tentang “sosial media tiada kebaikan”).

swarmUntuk ini apa yang korang perlukan adalah :

  1. Akaun Google (korang masih tak ada akaun google? sila lari laju-laju)
  2. Akaun Swarm, untuk checkin kat mana korang berada.
  3. Akaun IFTTT. Kalau tak ada akaun boleh kat sini (https://ifttt.com/join)

Ok setelah korang mempunyai ketiga-tiga akaun ini, login ke akaun IFTTT korang.

IFTTT ini untuk yang tak tau, secara ringkas ia memberi service untuk melakukan beberapa kerja online antara akaun-akaun korang secara automatik. Korang boleh lakukan pelbagai sync fail antara sosial media korang secara automatik. Untuk tutorial ini, kita akan guna kan IFTTT akan merekodkan checkin swarm korang kedalam google calendar.

  1. Cari “Swarm” di ruangan carian IFTTT (Seperti gambo dibawah)IFTTT - swarmKorang akan menemui pelbagai Recipes, pilih la mana-mana recipes yang menyatakan IF Foursquare/Swarm  THEN Google Calendar. Itu bermaksud, jika IFTTT mengesan apa-apa checkin di Swarm korang, ia akan merekodkan aktiviti tersebut ke dalam Google calendar.
  2. Setelah memilih recipe korang, klik button “Add” yang dipaparkan. Jika korang baru pertama kali menggunakan, ia akan meminta pengesahan untuk menghubungkan antara akaun Google korang dan swarm.
  3. Selepas itu korang boleh lah mencuba untuk checkin di swarm, dan menyemak log di IFTTT (https://ifttt.com/logs). Log akan menyatakan perkara-perkara yang telah di automasi kan. Korang check pula Google Calendar untuk melihat rekod yang telah di buat. (Kadang-kadang proses automasi tu ada delay sikit, no problem pada gua.)

Screenshot at 2016-08-14 15-37-54

Sekarang gua menghentak kepala bana sesetengah orang kita yang mempunyai mentaliti jamban tentang kebaikan sosial media. Jika korang tau mencari kebaikan dalam sesuatu perkara, ia banyak kebaikan. Ni tidak,  asal nampak orang guna sosial media je, check in sana check in sini korang ingat orang tu tak de keje lain nak menunjuk bagai. Korang tu yang tak pakai otak… Otak negatif level jamban sila buang atau sila la meninggal… lol..