• Home
  • /
  • Travelog
  • /
  • 13 Soalan-soalan provok diri sendiri untuk esok yang lebih baik.

13 Soalan-soalan provok diri sendiri untuk esok yang lebih baik.

Beberapa soalan yang mungkin anda perlu tanya kan pada diri sendiri.. Adakah anda mampu menjawapnya.. Jujur saja pada diri. Jadikan esok anda lebih baik dari sekarang.

1. Jika anda ada peluang untuk berucap kepada 1 dunia selama 30saat. Apa yang akan anda sampaikan?

2. Jika anda tahu akan mati pada tengah malam ini (12am), apa yang akan anda lakukan pada jam 11.45pm ?

3. Jika anda memiliki kesemua duit di dunia ini dan anda perlu juga bekerja, apakah pekerjaan yang akan anda pilih?

4. Apabila anda berusia 90 tahun, apakah perkara paling penting pada anda?

5. Apakah yang paling anda kecewa sepanjang kehidupan anda?

6. Bagaimana pengajaran dari kekecewaan anda itu anda perbaiki untuk kehidupan anda HARI INI?

7. Jika anda kehilangan segala-galanya esok, pada siapa yang akan anda pergi? Orang itu tahu kah betapa bermaknanya dia kepada anda?

8. Anda takut mati? Sebab?

9. Apa yang akan anda ubah jika anda tahu yang anda tidak akan mati sampai bila-bila?

10. Jika anda berada di pintu syurga dan Tuhan bertanya, “Kenapa kamu perlu dibenarkan masuk?” Apa yang anda akan jawap?

11. Apa yang akan orang cakap kan tentang anda pada hari kematian & pengebumian anda?

12. Apa yang mampu anda lakukan untuk menjadikan hari orang lain lebih baik?

13. Apa yang anda rasa berdiri di antara anda dan kebahagian yang sebenar?