3 Pilihan Yang Tidak Perlu Perubahan

Didalam kehidupan kita, kita sentiasa mempunyai pilihan memilih apa yang kita rasa terbaik & sesuai untuk kita.. Tetapi pada gua ada beberapa perkara yang kita boleh buat pilihan tetapi tidak sesuai untuk kita berubah-rubah.

1. Doktor yang merawat kita (outpatient)

Perkara ini amat gua titik beratkan kerana pada gua doktor yang akan gua jumpa bukan lah sekadar doktor yang benar-benar berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang perubatan, tetapi mengetahui kesihatan tubuh badan gua juga. Sebab itu gua mempunyai 1 doktor yang telah gua yakin dan menerima rawatan dari dia semenjak gua kanak-kanak lagi.

Pernah gua demam ketika belajar di Shah Alam, hampir seminggu tidak sembuh dan pergi membuat rawatan di dua buah klinik sekitar pusat komersial seksyen 7 Shah Alam. Gua bertanyakan untuk satu injection, doktor disana memberi tahu demam aku cuma demam biasa.. Tetapi setelah seminggu tidak sembuh, gua gigihkan semangat untuk pulang ke Johor Bahru dan bertemu doktor yang biasa gua jumpa. Tanpa perlu bercakap, aku menerima ubat-ubat yang biasa aku terima dan satu injection seperti kebiasaan apabila aku demam. Alhamdulillah, aku sembuh keesokan harinya dan tidak muntah-muntah lagi.

Dan yang aku fikir cuma menghalalkan apa yang telah aku laburkan untuk klinik sebelum itu dan doktor yang menyangka aku memandai-mandai mengajar dia dengan memberitahu “kebiasaan saya menerima ubat-ubat yang sekian-sekian, dan injection apabila saya demam, kerana sekian-sekian…”… (tapi gua dendam gila dengan 2 doktor seksyen 7 komersial tu.. harap bankrupt klinik tu)…

2. Mekanik kereta kita

Pada aku kedudukan mekanik / kedai untuk membuat kerja-kerja servis dan penyelenggaraan kereta adalah penting. Gua akui yang bidang automotif ini bukan lah bidang yang gua mahir dan sangat kurang gua faham. Jadi pentingnya untuk gua sentiasa merujuk kepada mekanik yang sama menyelenggara kereta gua. Mereka juga harus dipastikan untuk mengenali gua dan kereta gua. Jadi ia akan memudahkan proses penyelenggaraan dalam masa panjang.

Selain itu, seandainya mereka mengenali kita amat mudah untuk kita mendapat khidmat nasihat dan pandangan untuk membantu kita menjaga kereta. Mereka juga akan lebih telus dalam menyuarakan pendapat tentang apa yang perlu di ganti dan tidak perlu.

Jika kita hanya pergi ke kedai sekali-sekala, mungkin kedai tersebut tidak bersedia memberi khidmat nasihat seperti itu kerana dalam fikiran mereka hanyalah untuk mendapatkan keuntungan.

3. Pasangan hidup

Haha.. yang ini sudah tentulah.. Ini kerana pasangan hidup merupakan orang yang akan menanggung beban untuk menjaga anda terutama ketika korang jatuh sakit nanti… Pasangan anda lah yang akan menjaga anda sewaktu anda sudah tidak mempunyai daya dan menunggu untuk meninggal dunia.  haha

Sekian.