Apakah Money Game, Skim Ponzi dan Skim Cepat Kaya?

Money game (Permainan wang), skim ponzi atau skim cepat kaya adalah aktiviti mengumpul dan menggandakan duit dalam bentuk dividen, bonus ataupun komisen (DVK).  DVK dijana atau bersumberkan dari penambahan atau pendaftaran ahli baru. Ianya bukan lah bersumberkan dari aktiviti perniagaan atau penjualan produk/servis. Walaupun kebanyakan skim ponzi hari ini dilihat menggunakan agenda menjual produk seperti emas, perak, dan sebagainya, tetapi ia hanyalah satu helah untuk menarik kepercayaan ahli-ahli baru. Hakikat yang jelas adalah pendapatan utama mereka adalah kutipan bayaran dari ahli-ahli baru.

Ciri-ciri utama Money Game :

  1. Anda perlu mendaftar sebagai ahli dan dikenakan bayaran yuran keahlian yang tinggi.
  2. Anda diberikan hak untuk menjual produk mereka, (ianya hanya helah mereka)
  3. Anda diberikan hak untuk mencari ahli baru dan anda diberikan bonus apabila ahli tersebut membayar yuran pendaftaran.
  4. Pulangan dibayar kerana anda menrekrut ahli baru, MLM utamanya.

Ayat yang akan biasa didengar dari ahli yang sedang cuba merekrut ahli baru

 “tak apa kalau kau malas nak jual produk diorang, kau bawak je 3 orang member ko daftar bawah ko, nanti ko dapat bonus lagi lumayan”.

Penganjur skim-skim ponzi ini sangat bijak dan kretif sehingga mampu membuat orang ramai melihat skim mereka adalah mematuhi undang-undang dan merupakan suatu peluang terbaik untuk orang ramai mendapatkan wang dengan mudah.

Pelaburan Emas

Sejak akhir-akhir ini banyak juga mereka yang terpedaya dengan beberapa skim yang dikatan Pelaburan Emas yang menjanjikan pulangan setiap bulan kepada pelabur mereka. Modus operandi mereka masih sama tetapi lebih ekstrim dan lebih meyakinkan. Agen/Sponsor memperkenalkan pelaburan tersebut adalah pelaburan emas dan ahli perlu membayar harga emas tersebut seperti harga yang dinyatakan. Jika tidak mampu, mereka menyediakan skim pelaburan emas berkelompok yang mana dikumpulkan beberapa ahli dalam satu kumpulan dan membeli harga emas secara berkongsi. Emas itu dikatakan dibeli pada harga rendah, dan akan dipajakkan. Ahli-ahli di bobrokkan dengan harga emas akan meningkat setiap minggu / bulan. Jadi setiap kali peningkatan, pelabur akan menerima dividen mereka.

Hakikat sebenarnya masih sama, pulangan dividen kepada ahli lama adalah dari hasil pembayaran ahli-ahli baru. Emas yang dinyatakan dibeli hakikatnya tidak nyata atau tidak wujud..

 

 

Beli, Pegang & Berdoa…

Petikan dari buku Guide To Investing – Robert T. Kiyosaki

Di dalam hal ini penulis menyenaraikan beberapa ayat yang biasa kita dengar dari ramai orang yang melabur. Antaranya :

  1. Saya baru sahaja memberi 500 unit saham syarikat ABC berharga USD5 seunit; harganya naik kepada USD15 lalu saya menjualnya. Saya membuat USD 5000 dalam masa kurang seminggu.
  2. Saya dan suami memberli rumah lama, dan kami membaiki dan menjual rumah itu dengan keuntungan.
  3. Saya berniaga dalam dagangan komoditi masa depan.
  4. Saya menyimpan wang di dalam bank
  5. Saya melabur bagi jangka masa panjang

Menurut penulis sendiri dan kita sendiri faham, lain orang lain definisi dan pandangan terhadap pelaburan. Tetapi adakah itu konsep pelaburan sebenar? Apakah kita dapat lari dari menjadi sebahagian spekulator & penjudi?

Mentaliti seperti Beli, Pegang dan berdoa merupakan mentaliti seorang spekulator ataupun penjudi. Menurut penukis kebanyakan pelabur hidup dengan harapan pasaran akan terus naik, dan hidup dalam ketakutan yang pasaran akan jatuh merudum. Pelabur yang mahir dapat membuat wang dalam apa jua keadaan pasaran, sama ada naik mahupun turun.