Civil War bukan filem aksi superhero : Captain America

1. Captain America : Civil War pada saya bukan lah movie aksi superhero semata-mata. Ia mungkin sedikit mengecewakan peminat-peminat superhero yang ingin menyaksikan barisan superhero tersebut menentang musuh dengan bergaya.

2. Peperangan dibawa kan Marvel kali ini kembali kepada dasar kemanusiaan yang sering berlaku di sekeliling kita.

3. Pernah dengar perkataan “Together We Stand, Divided We Fall” ? (ataupun United We Stand, Divided We Fall). Ini lah message yang dapat disampaikan melalui filem ini. *Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

4. Didalam satu pasukan, kita mungkin akan berbeza pendapat dan berbeza fahaman. Jika kita gagal memahami situasi sebenar, maka mudahlah untuk pihak-pihak yang ingin melihat kita jatuh menyusup masuk menyulam jarum-jarum benci dari dalam.. (ayat ni macam ayat filem apa ek..)


Captain America Civil War

5. Masih ingat dengan The Avengers ? Masih ingat pada awal jalan cerita? Ketika di awal superhero-superhero ini baru dikumpulkan dan masing-masing tidak dapat menjalinkan kerjasama.. (tak nak cerita macam mana diorang boleh tag team lepas tu.. tengok lah balik movienya..). Kita lihat ending bagaimana mereka bersatu sebagai sebuah pasukan & sebagai sahabat.. Berapa menarik nya melihat mereka menumpaskan musuh mereka ketika itu..

6. Civil War pula membawa kita dari sudut pandang lain, bukan kekuatan diri menentang musuh yang ingin disampaikan.. Tetapai kekuatan kita dalam menangani konflik didalam pasukan kita. Didalam sesebuah pasukan/organisasi kita tidak akan lari dari konflik pendapat, konflik idealogik dan konflik fahaman.

7. Selepas menonton movie ini ada yang bertanya kepada saya “siapa menang?” Iron Man atau Captain America.. Pandangan saya Tiada siapa menang! Kerana kemenangan adalah ketika kita bersatu menentang konflik dalaman kita… Di dalam Civil War menunjukkan apabila kita menentang sesuatu sama lain demi menegakkan ego dan pendapat sendiri. Kita bagai¬† menyalakan api dari dalam rumah kita sendiri.

Adakah pengakhiran cerita menyatakan Team Captain menang?

8. Pandangan saya, jika kita memandang Team captain menang kerana menegakkan keadilan bukan lah pandangan yang salah.

9. Sudut pandang saya, keadilan mungkin tertegak… Tetapi jika itu adalah team kita, apa perasaan kita?

10. Berbalik kepada filem, standart lah dalam filem mesti akan ada hero di hati.. Tentu captain america di letak sebagai seorang yang cukup matang memahami situasi. Captain cuba membawa keadilan dengan cara nya tetapi ditentang oleh sahabat sendiri. Tetapi captain tidak lah menolak atau memusuhi.. Kerana captain tak membunuh sahabat-sahabat yang menghalang perjuangannya. Ditunjukkan dari dalam yang captain sebagai seorang yang matang dan faham satu hari sahabat-sahabat yang menentangnya akan nampak apa yang diperjuangkan.

Team Captain vs Team Iron Man

Pendapat Captain America tidak salah.. Pendapat Iron man juga tidak salah. Ini dipanggil “konflik pendapat”. Sering kita alami di dalam hari-hari kita. Jadi dah faham macam mana kalau kita gagal dalam menangani konflik pendapat ini? Team superhero pun boleh musnah weyh.. ni pulak kita hari ni macam-macam konflik dalam agama, politik, syarikat, keluarga, adik beradik..

-Beyta-

 

ps:// didalam ini saya menyatakan pandangan saya.. bukan jawapan saya.. berbeza tu.. kita mungkin juga akan mengalami konflik fahaman dalam movie ini.. kalau ada pendapat lain, sila lah komen di twitter saya @pergh_my atau facebook saya Tajuzzaman .. ..

 

Kongsikan Artikel Ini

Author Description

Seorang pengaturcara perisian komputer. Peminat buku-buku bacaan alternatif dan puisi. Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia pelaburan saham. Membangunkan blog khas untuk Rekod Kajian Saham yang telah dilakukan secara peribadi iaitu - www.pergh.biz -

Comments are closed.