• Home
  • /
  • Travelog
  • /
  • Fenomena Done Tarawih, Done Puasa di Sosial Media

Fenomena Done Tarawih, Done Puasa di Sosial Media

1 Ramadhan 1437

1. Setiap kali masuk bulan Ramadhan akan ada isu sesetengah netizen tidak senang hati dengan sesetengah lagi pihak yang gemar memuat naik gambar dan status seperti “Done Terawikh”, “Done Puasa 1st day”.

2. Ada pihak-pihak yang menganggap perbuatan seperti itu hanya menunjuk-nunjuk dan tidak dapat pahala. Pada saya, saya suka keadaan seperti itu.

3. Walaupun saya sendiri berasa takut untuk memuat naik status mahupun gambar yang menunjukkan ibadat apa yang sedang saya buat. Bukan kerana ianya salah pada pandangan saya, tetapi saya risau seandainya dengan tiba-tiba muncul rasa takbur dalam hati saya sewaktu mengerjakan ibadat.

4. Sewaktu saya di Makkah, saya langsung tidak berani checkin malah mengambil gambar disana juga saya merasa takut. Kerana saya sedar saya insan yang suka takbur. Jadi saya memilih untuk mengelak, saya hanya berani memuat naik beberapa keping gambar saya di sana setelah beberapa minggu pulang di Malaysia.

5. Fenomena “Done Terawikh”, “Done puasa” pada pandangan mata saya bukan la sesuatu yang salah. Ia bergantung kepada bagaimana hati kita melihat perbuatan itu. Kenapa perlu kita memandang status tersebut sebagai poyo atau menunjuk-nunjuk? Tetapi kenapa tidak kita memandang status tersebut sebagai sesuatu cabar-mencabar untuk kita pun turut serta melakukan ibadat?

6. Bukan kah masa kita kecil dulu kita saling cabar mencabar sesama kita.. “Ali, semalam aku puasa penuh sehari! Ko macam mana?” Jika anda Ali, dan anda puasa separuh hari sahaja.. Apa perasaan anda? Kenapa tidak masa kecil dulu anda cakap “Poyo lah ko ni.. puasa penuh pun nak kecoh!”..

7. Malah keadaan seperti itu bukan kah memeriahkan sambutan hari yang mulia ini dengan kebaikan.. Masing-masing berlumba-lumba membuat ibadat. Kita bukan lah tuhan untuk menilai ibadat seseorang itu diterima atau tidak, ikhlas atau tidak.. Itu kerja tuhan wahai sahabat.. Selagi seseorang itu melakukan sesuatu perkara ibadat, ia masih lagi sesuatu kebaikan.

8. Baik buruk update status itu hanyalah bergantung kepada bagaimana hati kita membaca status tersebut. Kita tidak perlu tahu apa niat si pemuat naik.

9. Jika niat mereka untuk menunjuk-nunjuk pun, sekurang-kurangnya kita tahu mereka telah cuba melakukan ibadat. Daripada mereka langsung tidak ada usaha untuk mengimarakan bulan yang mulia in.. Mungkin hari ini mereka berniat menunjuk-nunjuk.. Mungkin esok-lusa mereka sudah terbiasa melakukan ibadat tersebut dan dikurniakan perasaan ikhlas dari dalam diri mereka.

10. Jaga lah hati kita, ajar lah hati kita melihat kebaikan…

11. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.