GST, 5 Sen dan pekerja counter

  1. Malaysia telah mula melaksanakan GST sebanyak 6% bermula pada 1 April 2015. Oleh itu apabila kita membeli barang, mungkin akan mempunyai amount sen di belakang. Sebagai contoh saya membeli makanan ringan di 7eleven. Total pembelian RM 12.23, dan akan digenapkan kepada RM 12.25.
  2. Dengan nilai tersebut saya mungkin akan membayar pada RM13. Jarang sekali saya minyimpan syiling di poket apatah lagi syiling 5 sen. (Kebanyakan syiling akan saya masuk kan ke tabung).
  3. Berikutan dengan itu saya perhati, ada satu fenomena baru yang berlaku iaitu pekerja-pekerja kaunter jarang sekali mahu memulangkan baki 5 sen tersebut. Jika ditanya, jawapan mudah mereka adalah “5sen tak ada“.
  4. Mungkin ramai yang tidak endah akan 5 sen kerana nilai nya yang kecil. Tetapi pada saya bukanlah nilai itu menjadi pertikaian, tetapi attitude pekerja-pekerja kaunter tersebut yang kadang kala buat tidak tahu tentang baki 5sen itu yang tidak patut berlaku.
  5. Saya tidak kisah jika mereka tidak mempunyai 5 sen dan tidak dapat memulangkan nya, kerana saya yakin mereka juga tidak mahu kerugian 5 sen jika mereka terpaksa memulangkan 10sen kepada saya. Saya faham bagaimana mereka bekerja di kaunter dengan gaji yang tidak seberapa dan terpaksa membayar kembali kepada majikan jika jumlah duit di mesin kurang dari jumlah sebenar (short).
  6. Jika mereka boleh merasa tidak mahu rugi, kenapa mereka merasa pelanggan boleh dirugikan dengan buta-buta begitu? Dan rompakan 5 sen daripada pelanggan bukan lah attitude yang baik untuk melindungi duit poket anda.
  7. Majikan pula haruslah menyediakan syiling 5 sen dengan secukupnya bagi mengelakkan attitude buruk ini terus menjadi masalah sosial yang ketara di Malaysia. Jika tidak, ha letak lah harga siap-siap gst dan tak ada sen2 kat belakang.. Kan senang, orang pun tak marah. Kalau harga korang mahal, aku tak beli. Mudah bukan? 
Kongsikan Artikel Ini

Author Description

Seorang pengaturcara perisian komputer. Peminat buku-buku bacaan alternatif dan puisi. Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia pelaburan saham. Membangunkan blog khas untuk Rekod Kajian Saham yang telah dilakukan secara peribadi iaitu - www.pergh.biz -

Comments are closed.