TAJUZZAMAN

Experienced Senior Software Engineer with a demonstrated history of working in the information technology and services industry. Skilled in .Net Software Development, MSSQL, Oracle Database, C#, PHP, Google Cloud Platform and Microsoft Azure. Strong engineering professional with a Bachelor’s Degree focused in Artificial Intelligence from Universiti Teknologi MARA Malaysia. Currently work as Lead Solution Architect and Director of new startup IT company named Aurora Cloud Works Sdn. Bhd.

  • Home
  • /
  • Programming
  • /
  • Kesilapan yang sering dilakukan programmer dan perlu dielakan

Kesilapan yang sering dilakukan programmer dan perlu dielakan

Semua orang melakukan kesilapan, begitu juga dalam dunia pengaturcaraan (programming). Pasti setiap programmer pernah melakukan kesilapan dan ada beberapa kesilapan yang sering dilakukan tetapi sebenarnya harus kita elakkan. Apakah kesilapan-kesilapan tersebut?

1. Terlalu banyak perkara dibuat di dalam satu Function

Sepanjang pengalaman saya, melakukan banyak perkara di dalam satu Function merupakan kesilapan paling sering dilakukan programmer. Tidak kiralah junior ataupun senior. Tambahan pula ada Function yang pada asalnya sudah betul, tetapi di buat perubahan (sama ada untuk memenuhi permintaan terbaru client atau keperluan untuk penambahbaikan), pasti akan terjadi programmer yang akan menambah process / action baru di dalam function sedia ada sebagai jalan pintas.

Mengikut prinsip Single Responsible Principle, function sepatutnya terhad kepada satu perkara sahaja iaitu keperluan untuk menyelesaikan sebab kewujudan function tersebut. Jika perlu process atau action lain didalam function tersebut, seharusnya dibuat function baru dan dipanggil melalui function asal.

Perkara ini sebenarnya bukan sahaja membantu anda tetapi programmer lain yang mungkin melakukan perubahan dimasa hadapan untuk penambahbaikan dan membuatkan coding lebih efficient.

2. Code yang di Comment-out

Pasti kita pernah melihat satu blok kod yang di comment-out tanpa kita mengetahui atau mungkin tiada siapa pun yang tahu mengapa blok kod tersebut di comment-out. Pernahkah sewaktu kita melihat blok kod tersebut dan kita memikirkan mungkin masa hadapan ada yang memerlukan code ini?

Pada saya blok kod yang di comment-out boleh sahaja di buang kerana kod asalnya pasti wujud di dalam version control software. Jika masa hadapan ada pihak yang memerlukan coding tersebut, kita masih boleh melihat melalui version control.

3. Nama variable yang tiada maksud

Ya.. Perkara ini adalah sangat memenatkan jika dilihat. Ada sebahagian programmer yang mungkin mahu cepat menyelesaikan masalah dengan tidak sempat untuk memikirkan nama variable yang lebih bermakna untuk digunakan.. Dengan memberi nama variable yang bermakna ia membantu semua orang dimasa hadapan termasuk diri anda sendiri. Percayalah, yang faham maksud variable yang dibuat oleh anda hanyalah anda yang masa itu sahaja, anda dari masa depan pasti tidak faham maksud variable yang anda tulis itu sendiri.

4. Kewujudan Magic Number atau Magic String

contoh Magic Number atau Magic String adalah seperti ini :

for (@i = 1; @i < 12; @i++)

 Apa maksud 12 itu ? Adakah 12 ekor katak ? Ianya mungkin lebih bermakna jika buat begini :

@jumlahBulan = 12

for(@i = 1; @i < @jumlahBulan; @i++)

5. Formatting Code yang bersepah

Ini juga sangat meresahkan. Adakala apabila saya melihat kod yang perlu perubahan atau penambahan, saya terpaksa mengemas dahulu code tersebut dan baru dapat memulakan kerja-kerja. Kebanyakan IDE hari ini juga terdapat short cut dan fungsi untuk membantu menyusun code mengikut indent dan format yang kemas. Programmer juga perlu lah menyusun code dari atas kebawah mengikut aturan yang kemas supaya programmer lain tidak mengambil masa yang lama untuk memahami kod yang dibuat oleh anda.

 

Sekian dulu untuk kali ini. Selamat tahun baru.