Melabur dengan Memperbaharui Insuran Kereta dan Cukai Jalan

1. Mungkin ada sesetengah orang menolak teori yang saya praktik kan ini. Tapi hakikat nya setiap tahun saya tidak perlu mengeluh untuk memperbaharui Insuran Kereta dan cukai Jalan saya kerana saya telah merancang yang saya rasa berjaya memberi impak kepada diri saya sendiri.

2. Sebahagian dari kita akan mengeluh sebaik sahaja cukai jalan akan tamat tempoh. Mana tidak nya Insuran Kereta bukan lah sebegitu murah. Bagaimana saya mengatasi masalah ini sambil dikatakan saya mampu membuat pelaburan di dalam Pembaharuan Insuran Kereta?

Perkara Normal : 

  • Sebagai contoh kita ambil seseorang yang memilik kereta Proton Saga (kerana saya hanya menggunakan Proton Saga FLX SE)… Secara normal jika orang itu memikirkan akan perlu memperbaharui cukai jalan dan insuran, dia akan mula menyimpan duit mungkin RM100 sebulan.. Maka dalam setahun akan ada RM1200. Dan jumlah disimpan kedalam ASB contohnya. Sebaik sahaja tiba masa untuk memperbaharui, dia akan mengeluarkan sejumlah wang dari simpanan nya itu.. Secara kasar untuk pertama kali saya memperbaharui insuran kereta, cermin dan cukai jalan menelan kos hampir Rm1000. Maka dia akan ada baki RM200 untuk di simpan kembali.. Begitu la untuk tahun-tahun seterusnya. Rasanya anda boleh congak-congak kan berapa jumlah simpanan yang mampu dia buat untuk di kembangkan dalam tempoh 9 tahun membayar duit kereta.

Cara saya : 

  • Ada satu pinjaman ASB yang sedang aktif di tawarkan kepada ramai orang oleh pihak bank. Seperti yang saya jangka saya meletak kan bajet untuk membeli kereta dan  saya hanya meletakkan bajet yang rendah. Maka saya mengambil kereta Proton Saga FLX SE.
  • Sebelum saya membeli kereta, saya telah membuat pinjaman ASB sebanyak RM10 ribu untuk tempoh 10 tahun.. Yang mana bulanan untuk saya bayar hanya lah RM110.. Jumlah yang hampir sama dengan perkara yang berlaku di contoh atas.
  • Maka pada akhir bulan Januari, saya telah membeli kereta yang saya bajet kan itu. Kenapa bulan 1? Kerana ia hampir selepas dividen ASB di keluarkan. Kenapa perlu ambil loan ASB dahulu sebelum membeli kereta ? Kerana tempoh matang untuk pelaburan 1 tahun akan berjaya di capai apabila saya perlu memperbaharui Insuran Kereta. Jelas bukan?
  • Sebaik sahaja cukup setahun ASB memberi dividen kasar 8% untuk RM10ribu saya itu. Maka saya ada dalam RM800. Jumlah insuran tahun pertama saya RM1000.. Saya hanya perlu menambah RM300 untuk tahun tersebut. Untuk tahun seterusnya setelah ditolak NCD jumlah insuran saya berkurangann dan anggaran dalam RM900 dan dividen ASB kasar RM800.. Untuk tahun ketiga jumlah nya sudah pun di bawah RM800.. Begitu juga untuk tahun-tahun seterusnya kerana setiap tahun kereta akan susut nilai dan NCD semakin bertambah.
  • Apa perbezaan nya? Kita ambil contoh singkat 9 tahun kerana ia jumlah tempoh pinjaman biasa terpanjang. Selepas 9 tahun saya selesai membayar kereta saya, pinjaman saya telah pun mencecah 10 tahun dan mungkin sudah boleh di keluarkan. Maka dengan itu aset boleh guna saya selepas habis membayar hutang kereta ialah RM10ribu iaitu dari pelaburan yang saya buat untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran kereta.
  • Bagaimana pula dengan situasi sebelum ini yang hanya menyimpan setiap bulan hanya untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran? Terpulang pada pandangan anda.
  • Hakikatnya juga, kebiasaan ramai orang hanya akan kelam kabut mencari duit simpanan untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran apabila masanya sudah hampir.

Antara persoalan yang timbul.

1. Jumlah bayaran kepada bank untuk pinjaman ASB. Rm110 sebulan makan setahun RM1320. Maka untuk 10tahun saya membayar RM13200 kepada bank. iaitu lebihan RM3200 dari jumlah pinjaman.  Tetapi jangan lupa jumlah dividen yang diterima.. Jika secara kasar setiap tahun 8% dividen kepada RM10ribu iaitu RM800. Maka dalam tempoh 10tahun saya telah menerima RM8000 sebagai pulangan dividen yang telah saya gunakan. Tapi dari RM8000 itu tidak semua saya gunakan untuk  memperbaharui cukai jalan dan insuran kerana setiap tahun jumlah insuran akan berkurangan kerana susut nilai kereta dan potongan NCD. Maka anda boleh mengira sendiri sama ada untung atau tidak.

2. Anda boleh bandingkan sendiri dengan situasi normal yang saya ceritakan. Apakah mereka menerima pulangan pelaburan yang sama seperti saya jika dengan disiplin dia menyimpan RM100 sebulan dan menggunakannya untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran?

Kenapa saya hanya membuat pinjaman ASB 10 tahun?
Ianya mudah, siapa mahu tunggu 25 tahun untuk kecairan modal boleh guna? Saya mempunyai cara tersendiri di dalam mengembangkan simpanan saya melalui pelaburan lain. Pinjaman tersebut hanyalah untuk memberi pulangan daripada liabiliti yang terpaksa saya tanggung setiap tahun (insuran dan cukai jalan). Dengan cara itu saya berjaya mengubah sedikit liabiliti menjadi aset dalam jangka masa 10tahun.. Malah dalam tempoh 3 tahun sendiri saya mempunyai baki dividen setelah insuran dipotong ncd.. Tidak begitu?

Terima kasih. :)

***

nota kaki : ramai orang boleh pakai kereta mewah, tetapi cukup hanya bila nak perbaharui insuran dan cukai jalan. :)

nota kaki 2 : pengiraan disini hanya lah secara kasar. Dan siapa kisah nilai sebenar kan? Kerana saya sentiasa mempunya lebihan dari bajet kasar tersebut. Duit lebih itu kan rezeki… :)

Kongsikan Artikel Ini

Author Description

Seorang pengaturcara perisian komputer. Peminat buku-buku bacaan alternatif dan puisi. Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia pelaburan saham. Membangunkan blog khas untuk Rekod Kajian Saham yang telah dilakukan secara peribadi iaitu - www.pergh.biz -

Comments are closed.