Memasang Dropbox di Linux Mint

Untuk post kali ini, aku akan tunjukan cara-cara memasang Dropbox  (install Dropbox) di platform Linux Mint…

  1. Buka Terminal dan taip command dibawah

sudo apt-get install dropbox python-gpgme

masukkan password korang dan tunggu sehingga proses installation selesai. Proses ini tidak mengambil masa yang lama.

dropbox

2. Sebaik sahaja selesai, korang boleh membuka applikasi tersebut dari menu sepeti gambar di bawah. Dropbox berada di dalam applikasi Internet.

Screenshot at 2016-07-23 03:11:16

3. Sebaik sahaja korang membuka untuk pertama kali, korang akan menerima popup message seperti dibawah. Ia memerlukan korang untuk klik button Ok, dan akan memuat turun applikasi dropbox sepenuhnya.

Screenshot at 2016-07-23 03:11:46

4. Sewaktu proses memuat turun sedang berjalan, korang akan melihat popup sepeti ini.

Screenshot at 2016-07-23 03:12:13

Proses ini mungkin mengambil masa sedikit, bergantung kepada speed internet korang. Macam kat rumah aku hanya mempunyai capaian internet 1mbp (streamyx biasalah)… Jadi ia mengambil masa sekitar 10minit untuk selesai.

5. Sebaik sahaja ia selesai, korang akan dipaparkan dengan popup login akaun. Korang boleh lah masuk kan username & password untuk mengakses akaun dropbox korang.

Screenshot at 2016-07-23 03:22:53