Membaca Fiksyen vs Bukan Fiksyen. Mana satu pilihan anda?

1. Untuk mereka yang sering mengikuti Instagram saya @sirbeyta pasti dapat perhati saya sentiasa memuat naik gambar buku. Tapi bukan itu yang saya nak cerita, saja je nak promote insta sendiri. Sebenarnya ada satu perkara tentang jenis buku yang dibaca. Ada yang minat baca novel atau kita panggil fiksyen. Ada juga yang mengatakan untuk menambah ilmu pengetahuan adalah dengan membaca buku-buku bukan-fiksyen.

2. Ya, setiap orang mempunyai pendapat sendiri dan tiada pun pendapat mengenai ini yang salah. Jika ditanya apa jenis buku yang saya baca, saya menjawap saya baca fiksyen dan bukan-fiksyen. Kedua-dua kategori buku ini mempunyai kepentingan tersendiri buat saya.

3. Fiksyen. Dengan membaca buku-buku fiksyen ia melatih saya untuk menjadi kretif. Pemikiran novelis dan penulis fiksyen ini kadangkala adalah sesuatu yang menarik untuk difahami. Penulis-penulis fiksyen yang baik menerangkan dengan baik dan juga melakukan kajian yang baik untuk setiap kisah dan perkara yang berlaku di dalam cerita mereka.

4. Pembacaan fiksyen juga saya gunakan untuk melatih otak saya untuk membaca dengan pantas. Membaca dengan pantas bukan lah sesuatu yang mudah, melalui aktiviti membaca dengan pantas, ia melatih otak saya untuk menerima infomasi dan memproses nya dengan pantas. Apabila kita mampu memproses maklumat yang diterima dengan pantas, ia membantu kita untuk membuat keputusan untuk setiap permasalahan dengan pantas. Sebagai seorang pengaturcara komputer, saya memerlukan kepantasan dalam menyelesaikan masalah sistem, membuat keputusan untuk menstuktur sistem dan code saya untuk memberi penyelesaian. Dan melalui pembacaan fiksyen, saya dapat memberi latihan kepada otak saya sambil bersantai.

5. Pembacaan fiksyen juga boleh memberi ilmu, tetapi pemilihan buku-buku fiksyen adalah sangat penting. Ini kerana lambakan buku-buku fiksyen terutama dari penulis-penulis mee segera yang hanya mahu menulis tetapi tidak membuat kajian hanya akan membazirkan masa anda membaca tanpa mendapat apa-apa ilmu pengetahuan.

6. Pembacaan bukan fiksyen pula saya kategorikan sebagai wajib. Melalui bukan fiksyen kita dapat menambah pelbagai ilmu pengetahuan di dalam kehidupan kita dari pelbagai espek. Bill Gates sendiri berkata melalui pembacaan bukan fiksyen ia mengajar kita bagaimana dunia ini berfungsi. Dari segi ekonomi, alam semesta, politik dan sebagainya.

7. Buat masa ini buku-buku bukan-fiksyen yang saya minat baca adalah mengenai pengurusan, pelaburan, politik dan keagamaan. Bukan fiksyen tentang agama adalah penting kerana melalui pembacaan ini lah kita dapat membuka minda kita pada pelbagai pendapat dan perbezaan pandangan dalam beragama. Harini seringkali kita lihat orang-orang beragama bertelagah sesama sendiri di media sosial tanpa mengukuhkan ideologi mereka dengan bukti-bukti yang kukuh. Perkara begini dapat ditangani jika ramai diantara kita banyak membaca  dari mereka-mereka yang sememangnya arif didalam bidang mereka.

8. Rakyat Malaysia dikatakan kurang membaca, apa kata ambil sahaja apa buku yang ada dan anda suka.. Ada yang suka komik, baca komik. Ada yang suka manga, baca lah manga. Bermula dengan membaca itu akan membuatkan anda lebih berminat dan akan mencari buku setiap masa. Pedulikan kata-kata orang yang membaca komik, novel ke hanya membuang masa.. Baca lah apa yang anda suka. Mulakan langkah pertama anda. Saya juga dulu hanya minat membaca komik. Dan saya baca komik setiap masa. Hari ini saya menjadi ketagih untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan. Selamat membaca..

Kongsikan Artikel Ini

Author Description

Seorang pengaturcara perisian komputer. Peminat buku-buku bacaan alternatif dan puisi. Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia pelaburan saham. Membangunkan blog khas untuk Rekod Kajian Saham yang telah dilakukan secara peribadi iaitu - www.pergh.biz -

Comments are closed.