Membeli dan Berjimat Dengan Kredit Kad

1. Bila di sebut menggunakan kredit kad, pelbagai perkpektif negatif timbul dari kebanyakan orang. Pada saya penggunaan kredit kad mengikut cara yang betul membantu saya menguruskan kewangan saya dengan lebih teratur dan memberi saya ruang untuk memiliki lebihan modal untuk dilaburkan ke dalam Bursa Malaysia.

2. Bagaimana saya katakan penggunaan kredit kad mengikut cara yang betul membantu saya mengurus kewangan saya?  (Pertama).

  • Minyak : Sekurang-kurangnya saya akan mengisi penuh tangki minyak saya 2 kali seminggu. Secara rawak nya minyak saya dikatakan RM53 (contoh) untuk sekali penuh. 2 kali seminggu memerlukan RM106. Jadi sebagai persediaan saya mengeluarkan rm150 dari ATM untuk mengisi minyak. Dengan itu baki yang tidak digunakan untuk mengisi minyak ialah RM44 dan disimpan dalam beg duit saya. Jika keadaan ini berlaku boleh kah saya pasti RM44 itu tidak terusik sehingga di bawa ke minggu hadapan?
  • Oleh itu saya mengisi Minyak menggunakan Kredit Kad. Jadi perbelanjaan seminggu saya sudah pasti hanya apa yang saya isi iaitu RM106. Tanpa saya risau akan terbelanja RM44 saya. Bagaimana pula dikatakan ianya bijak? Sebaik sahaja saya tahu saya telah mengisi minyak kereta saya, lakukan pembayaran ke kredit kad serta merta atau jangan tangguh bayaran minyak tersebut. Saya menggunakan kredit kad maybank dan tidak mempunyai masalah untuk membayar pada bila-bila masa. Penting untuk membayar penggunaan pengisian minyak serta merta kerana minyak merupakan bajet bulanan sedia ada dan bukan untuk penggunaan hutang.
  • Oleh itu RM44 saya terjamin tidak disalah guna oleh diri saya dan RM44 itu juga boleh menjadi penyumbang untuk bank memberi dividen setiap bulan (walaupun sikit tapi ada).
  • Setiap bulan pihak bank akan mengeluarkan statement penggunaan kad kita. Jadi dari situ saya boleh melihat bagaimana saya berbelanja dan membuat kajian akaun saya sama ada saya berbelanja mengikut kemampuan atau melampaui batas.

3. Bagaimana saya katakan penggunaan kredit kad mengikut cara yang betul membantu saya mengurus kewangan saya?  (Kedua).

  • 0% installment : Ramai yang hidup bekeluarga memerlukan pelbagai barang-barang keperluan rumah. Contoh Mesin basuh, TV serta peralatan dapur.
  • Sebagai contoh saya memerlukan mesin basuh yang berharga RM1200. Saya boleh membuat pilihan untuk mengelak hutang dan membayar secara tunai. Tetapi saya akan kehilangan modal yang besar yang mana jika saya labur kan RM1200 sekurang-kurang nya saya boleh mendapat pulangan untuk pendapatan saya..
  • Jika saya memilih menggunakan kredit kad dan menukarkan nya kepada pelan ansuran 0%, saya perlu membayar hanya RM100 untuk 12bulan. Bagi saya RM100 hanya satu jumlah yang kecil dan boleh di dapatkan dari pendapatan bulanan saya bekerja.
  • Pelan ansuran 0% yang wujud di Malaysia kebanyakan memberi pilihan sama ada 6bulan ataupun 12bulan. Saya akan memilih 12bulan kerana RM100 amat lah kecil dan tidak akan mengurangkan keupayaan modal saya untuk menambah pelaburan.
  • Jadi dengan RM1200 yang tidak terusik hanya untuk membeli mesin basuh saya laburkan. Dalam setahun mesin basuh tersebut telah pun habis saya bayar tanpa interest, dan juga yang paling penting pelaburan saya RM1200 tersebut sudah pasti memberi pulangan. Contoh jika saya meyimpan di dalam ASB mungkin mendapat sekurang-kurangnya 8%. Namun bagi saya, saya akan melaburkan sendiri ke Bursa Malaysia yang mampu memberi pulangan kepada saya sekurang-kurangnya 20%.
  • Dengan itu saya tidak kehilangan modal untuk mengembangkan aset saya, dan tetap dapat membeli keperluan rumah saya.

4. Pulangan Rebat dari penggunaan Kad Kredit boleh memberi Extra Discount! yang mana pembelian tunai tidak berikan. Sebaik anda memilih kad kredit, amat lah penting untuk anda ketahui kelebihan dari segi Rebat. Kad kredit yang saya gunakan memberi rebat kepada saya setiap bulan di atas penggunaan saya, dengan itu saya boleh menganggap saya mendapat diskaun khas dari pihak bank diatas perbelanjaan saya. Perkara lain juga ialah mencari kedit kad yang mempunyai keupayaan pelepasan pembayaran yuran tahunan. Pada saya yuran tahunan dalam lingkungan RM50 – Rm100 masih boleh di terima dan ia boleh di bayar dari pulangan pelaburan saya dan juga rebat yang telah diberikan.

5. Kesimpulan, ada banyak kelebihan penggunaan kad kredit bagi mereka yang bijak melihat potensi perkembangan modal pelaburan anda. Terima kasih.

 

 

Kongsikan Artikel Ini

Author Description

Seorang pengaturcara perisian komputer. Peminat buku-buku bacaan alternatif dan puisi. Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia pelaburan saham. Membangunkan blog khas untuk Rekod Kajian Saham yang telah dilakukan secara peribadi iaitu - www.pergh.biz -

Comments are closed.