Misi membaca 150 buku setahun

  1. Tahun ni gua ada buat mission yang agak gempak gak r. Kalau korang follow instagram gua, korang akan perasan gambar yang ada #misi150BukuSetahun.
  2. Nampak macam gempak kan, walaupun gua sedar kerja sebagai programmer menyebabkan gua mempunyai masa yang terhad untuk aktiviti membaca buku. (Ya, sejak aku bekerjaya aku perasan aku kurang membaca). Tetapi membaca ni sama ibarat ko tak suka pergi bersenam, tetapi ko terpaksa buat. Jadi pasti ada cara untuk ko membaca walaupun ko sedar korang “busy” sangat.

Tukar waktu rehat menonton tv kepada rehat sambil membaca

Yup, mungkin sebelum ni kita mengamalkan rehat kan minda dengan menonton tv. Aku menukarkan aktiviti tersebut kepada membaca. Tak banyak pun cerita best kat tv sekarang… Bayar lah mahal-mahal Astro tu, cerita sama je.

*cuma Runningman je yang aku tak boleh tinggal. giler ko, ni lah sumber untuk gelak besar.

Baca sekurang-kurangnya 1 helai sebelum tidur

Mungkin ini juga sumber yang baik kepada pesakit-pesakit insomnia.. Haha. Cara ni pun bagus untuk korang yang tak pernah langsung rasa nak membaca tu, korang try baca 1 helai sehari sebelum tidur, ko akan rasa perbezaan nya setelah ko amalkan beberapa bulan. (tengok lah kalau hidayah ko tak sampai, tak jalan gak r.. )

Travel menggunakan pengangkutan awam

Ha. Ni serius… Aku tak lah selalu, tapi kerap jugak lah ulang alik JB – Cyberjaya. Dulu rajin lah aku drive sendiri ke sana. Tapi setelah matang (eceyh) aku rasa membazir masa pula drive 3 – 4 jam. Jadi sama ada aku travel cari member lain untuk drive sementara aku boleh habiskan masa aku dengan membaca, ataupun naik bas / flight. Tapi kalau setakat JB – KL better naik bas.. 4-5 jam ko boleh membaca.. Naik flight 30 minit je.. Berapa helai sangat lah.. Oh dan pastikan korang travel waktu siang.. Kalau ko travel malam, nak membaca macam mana la kan.

Ha tu lah yang aku rasa aku boleh share. So far mission aku setakat artikel ni ditulis (10/Julai/2016), aku baru habis 40 buku.. ada lagi 110 buku untuk aku habiskan dalam tempoh 5 bulan ni.. hmmmm… Pray for Beyta~