4 Cara sahaja membuat keputusan.

1. Buat sesuatu yang betul dengan cara yang mudah.

2. Buat sesuatu yang betul dengan cara yang susah.

3. Buat sesuatu yang salah dengan cara yang mudah.

4. Buat sesuatu yang salah dengan cara yang susah.

 

Fenomena Done Tarawih, Done Puasa di Sosial Media

1 Ramadhan 1437

1. Setiap kali masuk bulan Ramadhan akan ada isu sesetengah netizen tidak senang hati dengan sesetengah lagi pihak yang gemar memuat naik gambar dan status seperti “Done Terawikh”, “Done Puasa 1st day”.

2. Ada pihak-pihak yang menganggap perbuatan seperti itu hanya menunjuk-nunjuk dan tidak dapat pahala. Pada saya, saya suka keadaan seperti itu.

3. Walaupun saya sendiri berasa takut untuk memuat naik status mahupun gambar yang menunjukkan ibadat apa yang sedang saya buat. Bukan kerana ianya salah pada pandangan saya, tetapi saya risau seandainya dengan tiba-tiba muncul rasa takbur dalam hati saya sewaktu mengerjakan ibadat.

4. Sewaktu saya di Makkah, saya langsung tidak berani checkin malah mengambil gambar disana juga saya merasa takut. Kerana saya sedar saya insan yang suka takbur. Jadi saya memilih untuk mengelak, saya hanya berani memuat naik beberapa keping gambar saya di sana setelah beberapa minggu pulang di Malaysia.

5. Fenomena “Done Terawikh”, “Done puasa” pada pandangan mata saya bukan la sesuatu yang salah. Ia bergantung kepada bagaimana hati kita melihat perbuatan itu. Kenapa perlu kita memandang status tersebut sebagai poyo atau menunjuk-nunjuk? Tetapi kenapa tidak kita memandang status tersebut sebagai sesuatu cabar-mencabar untuk kita pun turut serta melakukan ibadat?

6. Bukan kah masa kita kecil dulu kita saling cabar mencabar sesama kita.. “Ali, semalam aku puasa penuh sehari! Ko macam mana?” Jika anda Ali, dan anda puasa separuh hari sahaja.. Apa perasaan anda? Kenapa tidak masa kecil dulu anda cakap “Poyo lah ko ni.. puasa penuh pun nak kecoh!”..

7. Malah keadaan seperti itu bukan kah memeriahkan sambutan hari yang mulia ini dengan kebaikan.. Masing-masing berlumba-lumba membuat ibadat. Kita bukan lah tuhan untuk menilai ibadat seseorang itu diterima atau tidak, ikhlas atau tidak.. Itu kerja tuhan wahai sahabat.. Selagi seseorang itu melakukan sesuatu perkara ibadat, ia masih lagi sesuatu kebaikan.

8. Baik buruk update status itu hanyalah bergantung kepada bagaimana hati kita membaca status tersebut. Kita tidak perlu tahu apa niat si pemuat naik.

9. Jika niat mereka untuk menunjuk-nunjuk pun, sekurang-kurangnya kita tahu mereka telah cuba melakukan ibadat. Daripada mereka langsung tidak ada usaha untuk mengimarakan bulan yang mulia in.. Mungkin hari ini mereka berniat menunjuk-nunjuk.. Mungkin esok-lusa mereka sudah terbiasa melakukan ibadat tersebut dan dikurniakan perasaan ikhlas dari dalam diri mereka.

10. Jaga lah hati kita, ajar lah hati kita melihat kebaikan…

11. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.

 

Civil War bukan filem aksi superhero : Captain America

1. Captain America : Civil War pada saya bukan lah movie aksi superhero semata-mata. Ia mungkin sedikit mengecewakan peminat-peminat superhero yang ingin menyaksikan barisan superhero tersebut menentang musuh dengan bergaya.

2. Peperangan dibawa kan Marvel kali ini kembali kepada dasar kemanusiaan yang sering berlaku di sekeliling kita.

3. Pernah dengar perkataan “Together We Stand, Divided We Fall” ? (ataupun United We Stand, Divided We Fall). Ini lah message yang dapat disampaikan melalui filem ini. *Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

4. Didalam satu pasukan, kita mungkin akan berbeza pendapat dan berbeza fahaman. Jika kita gagal memahami situasi sebenar, maka mudahlah untuk pihak-pihak yang ingin melihat kita jatuh menyusup masuk menyulam jarum-jarum benci dari dalam.. (ayat ni macam ayat filem apa ek..)


Captain America Civil War

5. Masih ingat dengan The Avengers ? Masih ingat pada awal jalan cerita? Ketika di awal superhero-superhero ini baru dikumpulkan dan masing-masing tidak dapat menjalinkan kerjasama.. (tak nak cerita macam mana diorang boleh tag team lepas tu.. tengok lah balik movienya..). Kita lihat ending bagaimana mereka bersatu sebagai sebuah pasukan & sebagai sahabat.. Berapa menarik nya melihat mereka menumpaskan musuh mereka ketika itu..

6. Civil War pula membawa kita dari sudut pandang lain, bukan kekuatan diri menentang musuh yang ingin disampaikan.. Tetapai kekuatan kita dalam menangani konflik didalam pasukan kita. Didalam sesebuah pasukan/organisasi kita tidak akan lari dari konflik pendapat, konflik idealogik dan konflik fahaman.

7. Selepas menonton movie ini ada yang bertanya kepada saya “siapa menang?” Iron Man atau Captain America.. Pandangan saya Tiada siapa menang! Kerana kemenangan adalah ketika kita bersatu menentang konflik dalaman kita… Di dalam Civil War menunjukkan apabila kita menentang sesuatu sama lain demi menegakkan ego dan pendapat sendiri. Kita bagaiĀ  menyalakan api dari dalam rumah kita sendiri.

Adakah pengakhiran cerita menyatakan Team Captain menang?

8. Pandangan saya, jika kita memandang Team captain menang kerana menegakkan keadilan bukan lah pandangan yang salah.

9. Sudut pandang saya, keadilan mungkin tertegak… Tetapi jika itu adalah team kita, apa perasaan kita?

10. Berbalik kepada filem, standart lah dalam filem mesti akan ada hero di hati.. Tentu captain america di letak sebagai seorang yang cukup matang memahami situasi. Captain cuba membawa keadilan dengan cara nya tetapi ditentang oleh sahabat sendiri. Tetapi captain tidak lah menolak atau memusuhi.. Kerana captain tak membunuh sahabat-sahabat yang menghalang perjuangannya. Ditunjukkan dari dalam yang captain sebagai seorang yang matang dan faham satu hari sahabat-sahabat yang menentangnya akan nampak apa yang diperjuangkan.

Team Captain vs Team Iron Man

Pendapat Captain America tidak salah.. Pendapat Iron man juga tidak salah. Ini dipanggil “konflik pendapat”. Sering kita alami di dalam hari-hari kita. Jadi dah faham macam mana kalau kita gagal dalam menangani konflik pendapat ini? Team superhero pun boleh musnah weyh.. ni pulak kita hari ni macam-macam konflik dalam agama, politik, syarikat, keluarga, adik beradik..

-Beyta-

 

ps:// didalam ini saya menyatakan pandangan saya.. bukan jawapan saya.. berbeza tu.. kita mungkin juga akan mengalami konflik fahaman dalam movie ini.. kalau ada pendapat lain, sila lah komen di twitter saya @pergh_my atau facebook saya Tajuzzaman .. ..

 

Bagaimana mendapatkan APK versi terdahulu untuk Android

  1. Baru-baru ini saya menghadapi masalah untuk melayari Iflix di android phone saya setelah melakukan update version.
  2. Setelah puas membuat report tanpa balas dari pihak Iflix, saya google dan menjumpai link untuk memuat turun versi-versi terdahulu untuk Iflix app.
  3. Untuk maklumat installer untuk Android app kita panggil Apk. Ini kerana ia menggunakan extention .apk.. Seperti di Windows, installer kita menggunakan extension .exe.
  4. Link yang berhasil saya gunakan dalam ialah : https://apkpure.com/
  5. Anda hanya perlu mencari app yang anda perlukan, dan pilih versi di senarai tersebut.
apk pure source of android application

apk pure source of android application

Carousell Jual Beli Lebih Mudah dan Sosial

carousell beyta

Kemajuan teknologi di Malaysia nampaknya digunakan sepenuhnya oleh kebanyakan peniaga. Kebanjiran peniaga-peniaga muda di dalam talian merupakan suatu yang positif saya rasa. Sebahagian menggunakan Facebook sebagai medium. Ada juga menggunakan instagram yang mana rata-rata penjual tudung dan aksesori wanita.
Bagi penjual barang-barang terpakai dan sudah tidak mahu digunakan, kebanyakan menggunakan Mudah.my sebagai medium.

Ada satu laman yang saya ingin perkenalkan. Sudah mula popular dikalangan muda. Ianya dikenali sebagai Carousell. Konsep dan cara guna Carousell sangat mudah.

Carousell

Pengguna hanya perlu menangkap gambar menggunakan telefon pintar dan post ke dalam akaun anda. Carousell memerlukan anda mendaftar akaun atau link kan menggunakan akaun Facebook anda.

Konsep Carousell adalah seperti sosial network, dimana anda akan mempunya followers dan juga anda boleh follow mana-mana peniaga yang anda suka. Paparan produk anda juga seperti anda memiliki sistem e-commerce anda sendiri tetapi tanpa sebarang bayaran dikeluarkan. Menarik bukan?

Carousell juga lebih mudah dan boleh diakses melalui komputer, iphone dan android phone anda juga. Jika anda berada diluar, dengan menggunakan applikasi di telefon pintar anda juga anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan anda melalui ruangan comment di produk ataupun chat. Jadi pastinya tiada alasan anda untuk hidup dengan lebih bebas dan bekerja dimana sahaja anda suka.

Saya menjual buku-buku yang telah saya baca dan kualiti buku-buku tersebut berada di dalam keadaan 90% ok. Anda juga akan diberikan cenderamata percuma dari Pergh.my.

Bagaimana mendapatkan sarikata pada Youtube

Mungkin ada yang tidak perasan, di Youtube sebenarnya kita boleh mengeluarkan sarikata (subtitle) kepada pelbagai bahasa. Dengan ada nya kemudahan ini, ia akan memudahkan lagi pembelajaran secara online.

1.Pergi ke bahagian video, disebelah ikon setting (gear), terdapat satu ikon sarikata seperti gambar di bawah.

Youtube Subtitle 1

2.Setelah anda mengaktifkan sarikata, pergi ke ikon gear untuk membuat tetapan sarikata anda kepada bahasa pilihan anda.

Youtube Subtitle 2

3. Kebanyakan talk, interview dan presentation di dalam bahasa inggeris yang saya tonton mempunyai kemudahan ini. Sarikata kepada bahasa lain selain bahasa inggeris menggunakan engine Google Translate.

Sekian.