Disable Facebook Auto-play Video

Baru-baru ini kita mendapati facebook menaik taraf news feed mereka dan meletak kan setting auto-play untuk video di news feed.

Walaupun kebanyakan video itu dimainkan sebaik sahaja dipaparkan, kadang-kala berlaku ralat dimana video yang telah di-scroll ke atas masih lagi dimainkan dan tidak berhenti.

Ia juga memberi kesan kepada mereka yang mempunyai Quota internet.

Jadi cara-cara untuk disable kan Auto-play tersebut.

  1. Pergi ke setting di bahagian atas kanan facebook anda  : butang -> dan tekan settings
  2. Klik Videos di bahagian sebelah kiri anda.
  3. Pilih “Off” untuk bahagian Auto-play videos.

 

 

Wattpad Ruangan Membaca Ebook Alternatif

Kepada peminat-peminat buku, anda boleh cuba Wattpad.

Wattpad boleh dikatakan media social yang fokus kearah ebook dan ianya ditulis oleh sesiapa sahaja. Idea kebanyakan penulis di sini lebih segar dan tidak sama seperti lambakan buku di pasaran. Wattpad juga available di Mobile App anda masing2.

Kat sini saya share kan Wattpad-wattpad menarik untuk di follow kerana mereka mempunyai bahan bacaan alternatif yang telah di publish:

  1. LokmanHakimAW
  2. BukuFixi
  3. AdibZaini
  4. sufianabas
  5. hadimnor
  6. Amaramir
  7. nazrivovinski

13 Soalan-soalan provok diri sendiri untuk esok yang lebih baik.

Beberapa soalan yang mungkin anda perlu tanya kan pada diri sendiri.. Adakah anda mampu menjawapnya.. Jujur saja pada diri. Jadikan esok anda lebih baik dari sekarang.

1. Jika anda ada peluang untuk berucap kepada 1 dunia selama 30saat. Apa yang akan anda sampaikan?

2. Jika anda tahu akan mati pada tengah malam ini (12am), apa yang akan anda lakukan pada jam 11.45pm ?

3. Jika anda memiliki kesemua duit di dunia ini dan anda perlu juga bekerja, apakah pekerjaan yang akan anda pilih?

4. Apabila anda berusia 90 tahun, apakah perkara paling penting pada anda?

5. Apakah yang paling anda kecewa sepanjang kehidupan anda?

6. Bagaimana pengajaran dari kekecewaan anda itu anda perbaiki untuk kehidupan anda HARI INI?

7. Jika anda kehilangan segala-galanya esok, pada siapa yang akan anda pergi? Orang itu tahu kah betapa bermaknanya dia kepada anda?

8. Anda takut mati? Sebab?

9. Apa yang akan anda ubah jika anda tahu yang anda tidak akan mati sampai bila-bila?

10. Jika anda berada di pintu syurga dan Tuhan bertanya, “Kenapa kamu perlu dibenarkan masuk?” Apa yang anda akan jawap?

11. Apa yang akan orang cakap kan tentang anda pada hari kematian & pengebumian anda?

12. Apa yang mampu anda lakukan untuk menjadikan hari orang lain lebih baik?

13. Apa yang anda rasa berdiri di antara anda dan kebahagian yang sebenar?

 

StumbleUpon mula mengedarkan Beta version antaramuka baru

StumbleUpon betaHari ini saya menerima jemputan untuk mencuba halaman muka baru dari StumbleUpon.

StumbleUpon merupakan laman web enjin carian khas dengan mencari dan mencadangkan kepada user laman-laman, gambar & video yang menarik mengikut minat yang telah dipilih pengguna sendiri. StumbleUpon juga membenarkan penggunakan menilai laman yang di cadangkan. Suapan dari StumbleUpon juga berdasarkan peer-sourcing dan prinsip social network. Pengguna juga di benarkan untuk menghantar page-page yang mereka rasa sesuai untuk dinilai sebagai suapan kepada pengguna lain.

Link : http://www.stumbleupon.com/stumbler/sirbeyta

 

Bukan Dari Jibril : Bukan buku untuk orang suci

Tajuk : Bukan Dari Jibril

Penulis : Fikri Harun

Penerbit : Buku Hitam Press

Rate : WAJIB BACA!

bukan dari jibril

Buku ini bukan novel. Buku ini juga bukan puisi. Ia sebuah buku catatan… Buku untuk orang tepi jalan… Kalau korang rasa korang suci, korang jauh dari dosa… Korang jangan baca buku ini. Serius ia bukan untuk orang biasa-biasa yang melenting tak tentu pasal menjadi pendekar melayu di alam cyber. Penulis mengkritik pelbagai aspek kehidupan kita semua. Penulis juga menggunakan bahasa yang cukup untuk pembaca faham masuk keotak tertusuk dihati. Awas jangan sentap apabila membacanya.

Sedikit petikan dari buku ini.

:: Tajuk catatan : Biar Hingga Terpancut

Bunyi air yang ditadah masuk ke dalam baldi biru memecah kesunyian di ruang sempit ini. Hampir penuh. Kalau terleka biarpun sedetik, pasti melimpah keluar nanti. Asal untuk kegunaan, berakhir jadi keburukan. Itulah upahnya untuk keterlekaan tentang perkara yang punya keterbatasan.

Segala sesuatu yang ujud di muka bumi ini punya batasnya. Batas itu pemudah, agar kelak tidak berserabut di hari muka. Bagaimana kau nak menoreh getah dengan cepat dan mudah kalau pokok getahmu berterabur di sana sini? Kerana itu jugalah Tuhan bataskan perasaan kita. Tuhan bataskan rasa suka aku pada agama supaya aku tidak menjadi terlalu taksub seperti kau!

Kerana taksub, kau jadi leka. Leka tentang batasmu sebagai manusia. Tuhan saja berhak mengaibkan makhluknya. Tapi kau bukan main seronok lagi mengajak seramai mungkin teman dalam operasimu itu! Setelah puas menonton (mengintip) kau dan mereka hukum pula, konon untuk merawat(menyedarkan). Walhal kau punya peluang mencegah. Apa tok guru kau tidak ajar bahawa mencegah lebih baik dari merawat?

Mencari salah yang disembunyikan juga merupakan satu kesalahan. Apatah lagi menjatuhkan hukuman untuk kesalahan hasil dari satu kesalahan. Semuanya salah! Kalaulah kau bataskan rasa cintamu pada agamamu itu, pasti kau tidak biar hingga terpancut! Lebih buruk, kau rakamkan sekali aksi mereka! Itu kau kata cinta agama?

Tuhan berikan Qur’an pada kita kerana tidak mahu lembu menjaga lembu. Si pengembalalah yang selayaknya menjaga lembu. Begitu jugalah halnya dengan kau. Mana boleh pesalah menjaga(menangkap) pesalah. Itu kesalahan berganda dek kebebalan dan ketaksubanmu! Hanya Tuhan yang boleh menjaga hambanya. Lantas Qur’an jadi manualnya. Maka ikutlah manual. Jangan pandai-pandai mengetuk tv yang rosak itu. Kalau elok pun ia, semua hanya kebetulan.

Ingat pakcik-pakcik, bataskanlah dulu ketaksuban agamamu sebelum kau mahu bataskan pergaulan anak-anakmu. Apatah lagi kalau ilmumu secetek buku lali burukmu itu! Jangan nanti kau mengangis terseksa di dalam, sedang anakmu diluar membaca Fatihah di salah satu batas tertera namamu di taman memori itu.