Plugin Integrasi Google Drive – Microsoft Office yang mungkin anda belum tahu

Google drive sudah menjadi satu keperluan penting buat saya. Kebanyakan dokumen yang melibatkan kerja akan saya sync terus ke Google Drive. Tapi tahu tak korang yang Google Drive ni ada Plugin khas untuk Microsoft Office. Ia membuatkan korang boleh Save dan Open document MS Office terus dari Google Drive.

1. Korang boleh memuat turun plugin Google drive for Micrsoft Office di sini – Download

2. Selepas Install plugin tersebut korang boleh buka MS Office dan akan menerima paparan seperti gambar di bawah.

*** Di environment saya (Win10), saya perlu install plugin tersebut sebagai Admin..  (Right Click >> Run as Administrator)…

3. Korang akan diminta login & connect dengan account google korang…

Kemudian setiap kali korang Open Document ataupun Save document korang akan terima paparan seperti di bawah dan korang boleh pilih untuk open atau save terus ke Google Drive.. Tak perlu lagi nak upload ataupun sync desktop.

Jika korang yang masih blur2 tu, boleh rujuk video bawah ni sebagai panduan. Thanks~

Kongsikan Artikel Ini

Author Description

Seorang pengaturcara perisian komputer. Peminat buku-buku bacaan alternatif dan puisi. Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia pelaburan saham. Membangunkan blog khas untuk Rekod Kajian Saham yang telah dilakukan secara peribadi iaitu - www.pergh.biz -

Comments are closed.