Prudential BSN Online App

Baru-baru ini gua dapat info dari agent insuran gua berkenaan applikasi online terbaru untuk ahli Insuran Prudential BSN Takaful.
Disini gua tunjukkan cara-cara untuk mendaftar :

Cara -cara mendaftar

1. Pergi ke url ini : https://app.prubsn.com.my/PruBSNTouchPrudential BSN App

  • Tekan butang “Register Now” untuk mendaftar baru.
  • Korang akan dibawa ke halaman yang meminta korang unuk memasukkan maklumat :

i. Certificate Number (Nombor Sijil)
ii. IC Number (Nombor Kad Pengenalan)
iii. Mobile Number (Nombor telefon bimbit)

*** Nombor telefon bimbit korang perlulah nombor yang telah korang gunakan semasa mendaftar dengan agent dulu. Jika nombor yang korang masukkan tak sama, sistem tidak akan membenarkan korang meneruskan pendaftaran ke applikasi.

Sebaik sahaja selesai, satu tac number akan dihantar ke phone. (Seperti Maybank2u & kebanyakan online banking). Korang hanya perlu memasukkan nombor yang dihantar, kemudian tekan butang “Next”.

002

Masukkan segala Maklumat keselamatan yang diminta seperti username & password beserta soalan-soalan keselamatan.

Untuk kata kunci mereka memerlukan gabungan “simbol + huruf besar + huruf kecil + nombor”. Setelah selesai korang akan dibawa ke satu laman “terms and conditions”. 003

Baca dan skrol laman kebawah pilih butang “Agree” sebagai tanda bersetuju..

Sebaik sahaja proses tersebut selesai korang akan disuruh login menggunakan username & password yang telah didaftarkan tadi.

Masuk kan seperti biasa dan korang akan dipaparkan ke halaman utama portal keahlian (seperti dibawah).

Halaman Utama Portal Prudential BSN Takaful

Applikasi Online Yang Ada di Portal Prudential BSN Takaful

Sewaktu artikel ini dibuat, portal ini menyediakan fungsi seperti :

  1. Paparan Statement pembayaran (tahunan)
  2. Sijil Polisi anda
  3. Maklumat Agent
  4. Status keahlian.

Agent gua bagi tahu dalam tempoh terdekat (dalam tahun 2016) akan ada beberapa lagi features yang akan ditambah seperti maklumat pembayaran bulanan dan pembayaran melalui portal.

Ini merupakan perkembangan yang baik untuk perkhidmatan Prudential BSN Takaful. Since gua pun selalu lupa gua ni dah bayar insurans ke belom.. Asyik whatsapp agent gua, “Bro bulan ni gua dah bayar ke belum ek?” haha..

Semoga artikel ini membantu korang. “Selamat Hari Raya”

 

Kongsikan Artikel Ini

Author Description

Seorang pengaturcara perisian komputer. Peminat buku-buku bacaan alternatif dan puisi. Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia pelaburan saham. Membangunkan blog khas untuk Rekod Kajian Saham yang telah dilakukan secara peribadi iaitu - www.pergh.biz -

Comments are closed.