Pulangan tunai dengan berbelanja online

Online shopping bukan lagi suatu perkara yang pelik buat kebanyakan rakyat Malaysia harini. Namun bagaimana jika kita mahu berjimat dan mendapat kan pulangan tunai (cashback) daripada hasil perbelanjaan online kita?

Shopback menawarkan perkhidmatan menarik untuk pulangan tunai (cashback) kepada anda jika anda berbelanja secara online di lebih 200 laman jual beli yang disediakan. Penawaran tidak terhad dalam laman perkhidmatan runcit seperti Lazada dan fesyen Zalora. Shopback turut menawarkan pulangan tunai di dalam tempahan tiket kapal terbang dan hotel dari MAS, Air Asia Go, Hotels.com juga Booking.com.

Cara-cara mendapatkan pulangan dari pembelian

  1. Daftar di laman web https://www.shopback.my/
  2. Setelah selesai proses pendaftaran, log masuk semula ke akaun anda. Pilih laman sesawang jual beli yang ingin anda lawati, klik pada link dari shopback.
  3. Anda perlu pergi ke laman-laman tersebut menggunakan link dari Shopback. Jika tidak pembelian anda mungkin tidak akan dikira untuk mendapatkan pulangan tunai.

Menyemak jumlah Cashback yang diterima

Setelah anda melakukan pembelian, tunggu di dalam beberapa hari dan semak pulangan tunai yang anda terima di laman Shopback itu sendiri. Klik pada icon profile dan pilih Cashback Detail. Cashback yang sudah boleh dituntut akan didebitkan terus ke dalam akaun bank anda. Nombor akaun bank akan di minta sewaktu proses pengeluaran cashback anda.

Untung bukan? Cubalah…