TAJUZZAMAN

Experienced Senior Software Engineer with a demonstrated history of working in the information technology and services industry. Skilled in .Net Software Development, MSSQL, Oracle Database, C#, PHP, Google Cloud Platform and Microsoft Azure. Strong engineering professional with a Bachelor’s Degree focused in Artificial Intelligence from Universiti Teknologi MARA Malaysia. Currently work as Lead Solution Architect and Director of new startup IT company named Aurora Cloud Works Sdn. Bhd.

Maybank Treats Points | Tajuzzaman

Redeem Maybank Treats Points

Maybank mempunyai satu mata ganjaran yang dipanggil Treats Points. Nilai Treats Points diperoleh melalui perbelanjaan kita melalui debit card atau credit card serta beberapa transaksi yang di nyatakan oleh pihak Maybank. Treats Point mempunyai tarikh luput yang mana mata ganjaran tersebut akan hilang jika tidak ditebus (redeem).

Untuk post kali ini saya tunjukkan beberapa langkah mudah untuk kita membuat penebusan mata ganjaran Maybank Treats Points secara atas talian.

1. Pertama sekali korang perlu lah pastikan jumlah / baki semasa Treats Point korang di laman web Maybank2u. Info berkenaan boleh di dapati di bawah Option “Card” atau “Credit Card”.

Maybank Treats Points | Tajuzzaman.com

2. Setelah mengetahui jumlah Treats Points semasa, pergi ke laman sesawang https://mytreats.maybank.com/my untuk mula berbelanja dengan point tersebut.

3. Jika ini adalah kali pertama korang kesini, korang perlu register dahulu. Disini saya nasihatkan agar korang tidak menggunakan username & password yang sama dengan Maybank2u. Sekadar untuk keselamatan kerana laman Treats Points ini merupakan system berasingan dari ebanking Maybank. Ia lebih merupakan laman edagang yang lain.

4. Setelah register atau login, korang dah boleh mula memilih barang-barang yang ingin ditebus menggunakan Treats Points. Ada pelbagai pilihan dari Gadjet, Perkakasan dapur serta aksesori peribadi.

5. Untuk kali ini saya memilih untuk redeem Apple Earpod sahaja. (Point sikit sebenarnya). Setelah selesai memilih barang untuk diredeem, hanya perlu klik “Redeem Now”. Jika masih ingin memilih, boleh klik “Continue Shopping”

6. Korang perlu lengkapkan bahagian Shipping Info untuk penghantaran. Kemudian di bahagian Payment Info, korang boleh pilih “Points Only”, atau “Points & Cash”.
Untuk “Points & Cash” diperlukan jika point korang tak cukup dengan jumlah point yang diperlukan. Untuk ini saya nasihatkan fikir atau buat kira-kira. Kerana beberapa item yang telah saya kira, ia seperti merugikan.
Untuk proses kali ini, saya memilih untuk pembayaran menggunakan Points Only.

7. Disegmen pembayaran klik “Proceed to Redeem”. Sebuah popup Maybank2u akan dipaparkan. Ia sama seperti pembayaran di laman-laman edagang lain. Korang perlu login account Maybank2u korang.

8. Setelah login selesai, korang akan dibawa ke antara muka makluman pembayaran. Kali ini berbeza dengan pembayaran yang lain kerana disini memaparkan Online Points Redemption, dan mempunyai pilihan “Points “. Di dropdown list tersebut korang perlu memilih TreatsPoints sebagai option pembayaran. TAC akan dihantar kepada korang untuk pengesahan.

9. Setelah pembayaran berjaya, korang akan dibawa ke laman history. Maklumat penebusan serta tracking number akan dihantar ke alamat email yang telah korang gunakan semasa mendaftar di laman mytreats ini.

10. Untuk tuntukan kali ini, barang saya sampai keesokan harinya.. Ianya mungkin berbeza dengan anda. Jadi bersabar lah.

Itu sahaja cara-cara untuk menebus Maybank Treatspoints. Mudah bukan?