Solat Jamak dan Qasar, antara salah faham yang selalu berlaku

Disini saya ingin kongsikan beberapa siri ceramah dari beberapa Ustaz mengenai Solat Jamak & Qasar. Sengaja saya kumpulkan beberapa siri ceramah dari beberapa penceramah untuk mengelakkan pertikaian pendapat, kerana ada beberapa pendapat yang mungkin telah bercanggah dengan apa yang telah anda pernah dengar atau pelajari sebelum ini. Anda sendiri nilaikan kerana jika anda cuba menipu dalam solat Jamak & Qasar anda hanyalah menipu Allah S.W.T.

Post ini di beri ringkasan mengikut semua fakta yang di nyatakan dari setiap video. Jika terdapat sebarang kesalahan fakta yang berbeza dari video, boleh hubungi saya serta merta. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu adalah kelemahan saya.

Dr. Fathul Bari

  • Kekeliruan dalam solat Jamak Qasar apabila penjelasan mengenai solat Jamak Qasar dijelaskan sebagai satu isu. Hakikatnya Solat Jamak dan Solat Qasar adalah 2 perkara yang berbeza dan perlu dihuraikan sebagai 2 perkara berbeza.
  • Sebelum memahami solat Jamak & Qasar, kita perlu kembali memahami makna solat Jamak, Qasar beserta sebab-sebab membolehkan solat Jamak dan solat Qasar dilakukan.
  • Apa yang membolehkan Solat Jamak (Menghimpunkan solat)? – Kesulitan, kesusahan
  • Apa yang membolehkan Solat Qasar (Memendekkan solat 4 rakaat) ? – Musafir.
  • Maksud & Pensyariatan dua jenis solat ini juga berbeza.
  • Salah faham yang sering berlaku adalah Jamak itu kerana bermusafir.

Sebab-sebab Solat Jamak dan Contoh

  • Sebab-sebab membolehkan Jamak (Menghimpunkan solat)?
    • Apabila ada kesusahan & kesulitan menguruskan masa/keadaan untuk menunaikan solat. Kesulitan itu luas, termasuk di dalam kesulitan itu adalah ketika anda bermusafir.
    • Sebagai contoh lain yang membolehkan solat Jamak – doktor yang sedang melakukan pembedahan yang lama di bolehkan untuk solat JAMAK, kerana ada kesulitan masa disitu.
    • Ada satu isu dahulu pernah berlaku, peperiksaan di luar negara dilakukan ketika 2 waktu solat. Ia membolehkan individu yang menghadapi kesulitan tersebut untuk solat Jamak.
  • Bolehkan solat Jamak di rumah?
    • BOLEH. Contoh, jika anda sudah tahu kesulitan akan berlaku ketika dalam perjalanan seperti anda dapat menjangka tempat solat di RNR akan penuh semasa anda dalam perjalanan, anda dibolehkan solat JAMAK di rumah. TETAPI TIDAK BOLEH QASAR kan solat anda.  Anda hanya dibenarkan solat Qasar semasa anda bermusafir.
    • Terdapat hadith mengenai persoalan ini, pada satu hari Nabi ingin bermusafir. Sewaktu baginda ingin bertolak , baginda terdengar laungan azan. Lalu baginda turun dari unta semula dan menunaikan solat Jamak Takdim di rumah tanpa melakukan solat Qasar.
  • Susunan solat
    • Ada beberapa pandangan, pandangan rujukan untuk solat jamak adalah mengikut aturan sususan solat.. Zohor sebelum Asar, Maghrib sebelum Isyak.

Sebab-sebab Solat Qasar dan Contoh

  • Sebab-sebab membolehkan Qasar (Memendekkan solat 4 rakaat)?
    • Musafir dan SEDANG DALAM PERJALANAN. Tidak boleh Qasar di rumah.
  • Berapa jarak yang membolehkan Qasar?
    • Para ulamak mempunyai beberapa pendapat dalam menentukan jarak.
    • Ada pun hadith yang menetapkan jarak 2 marhalah, tetapi hadith itu dinilai lemah. Tetapi ijtihat para ulamak supaya umat Islam berjaga-jaga dan tidak terlalu bermudah-mudahan dalam Jamak dan Qasar solat. (Rujuk video untuk mengetahui kenapa di dinilai lemah. Dan Rujuk juga perkara  di bawah item Jarak 2 marhalah)
    • Ringkasan dari pelbagai pendapat, jarak itu ditetapkan bergantung kepada keadaan. Sebagai contoh dari Kuala Lumpur ke Shah Alam menaiki kereta, wajar kah untuk solat Qasar? Bagaimana jika anda berbasikal dari Kuala Lumpur ke Shah Alam kerana ketiadaan motorkar? Wajarkah anda solat Qasar? Anda jawap sendiri setelah anda menonton video diatas.

Ketika bermusafir, perlu solat apa?

  • Apabila bermusafir, disyariatkan harus untuk mereka yang bermusafir melakukan solat Qasar. Nabi ketika ber musafir di Makkah, nabi menunaikan solat Qasar secara berasingan tanpa menjamak kan solat baginda.
  • Bolehkah melakukan solat Jamak ketika bermusafir ?
    • Ada hadith nabi bahawa bermusafir itu adalah sesuatu azab. Jika terdapat kesusahan untuk kita menunaikan solat sewaktu bermusafir, maka di haruskan untuk kita melakukan solat Jamak.

Jarak 2 Marhalah ?

  • Soal jarak ini sebenarnya tiada penetapan khusus.
  • Penetapan 2 Marhalah oleh ulamak-ulamak kita letak adalah untuk menjaga supaya umat Islam tidak bermudah-mudahan untuk solat Jamak & Qasar solat.
  • Ada hadith nabi menyebut tentang ancaman umat akhir zaman yang mana mereka terlalu bermudah-mudahan dalam Jamak solat. Sekarang jelas bahawa Syiah mengamalkan solat Jamak sepanjang hayat.

Jamak & Qasar dari Contoh Nabi

  • Nabi pernah ke Makkah (kampung halaman nabi) dari Madinah, SEWAKTU di Makkah selama 18 hari nabi tidak men-Jamak-kan solat nabi. Tetapi hanya melakukan solat Qasar. (Hadith Riwayat Bukhari).
    • Peristiwa ini boleh menjadi panduan jika anda ingin pulang ke kampung halaman. Rujuk kembali sebab-sebab membolehkan Qasar, iaitu anda bermusafir. Sewaktu di kampung adakah anda mengalami kesulitan? Jika sekadar duduk-duduk berehat, tidak dibolehkan untuk anda solat Jamak, kerana sebab-sebab membolehkan anda Jamak solat sekiranya anda mengalami kesulitan/ kepayahan menguruskan waktu untuk solat.

 

Ustaz Azhar Idrus

Persoalan mengenai jumlah hari Solat Jamak dan Qasar.

  • Kitab-kitab Fiqah – Sesiapa yang pergi ke sesuatu destinasi selama 3 hari atau kurang, ia dipanggil musafir yang singgah. Di bolehkan solat Jamak & Qasar.
  • Jika anda menetapkan mahu duduk di sesuatu destinasi lebih 4 hari, anda dikategori kan sebagai pemukim. Sewaktu perjalanan dibolehkan untuk solat Jamak & Qasar, tetapi sebaik sahaja tiba ke destinasi, sudah tidak dibenarkan kerana di kategorikan sebagai pemukim.
  • Jika mempunyai tugasan disesuatu destinasi, dan tidak tahu bila akan selesainya. Dibolehkan untuk solat Jamak Qasar selama 18 hari. Selepas 18 hari jika masih tidak selesai, sudah tidak dibolehkan untuk solat Jamak Qasar.

Dr. Asri

Persoalan mengenai jumlah hari Solat Jamak dan Qasar.

  • Ada beberapa pandangan. Mazhab Hambali & Shafiee ada menghadkan hari. 3 hari tidak termasuk di hari masuk dan hari keluar.
  • Ada pandangan jika sudah tahu kita akan duduk di satu-satu tempat itu lebih 3 hari, contoh kita akan duduk dalam 5 hari. Kita tidak dibolehkan solat Jamak & Qasar.

  • Video diatas menjelaskan seseorang yang bermusafir dalam perjalanan tidak menunaikan solat zohor, sebaik tiba dirumah sudah masuk waktu asar. Dibolehkan untuk dia solat Jamak tetapi sudah tidak layak untuk mengQasarkan solat, kerana sudah tiba dirumah dan tidak dikategorikan sebagai musafir.

Ustaz Don

Kongsikan Artikel Ini

Author Description

Seorang pengaturcara perisian komputer. Peminat buku-buku bacaan alternatif dan puisi. Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia pelaburan saham. Membangunkan blog khas untuk Rekod Kajian Saham yang telah dilakukan secara peribadi iaitu - www.pergh.biz -

Comments are closed.