Surau, Kanak-kanak dan orang beragama

  1. Gua tinggal kat kawasan kampung, dan setiap kali hari raya pasti akan ada marhaban. Jadi setiap hari selepas solat Isyak, orang-orang surau akan bergerombolan kerumah yang telah mendaftar untuk menyertai marhaban atau pun rumah yang tiba-tiba menjemput.
  2. Keanehan nya, aktiviti itu aku tengok semakin tahun semakin kurang peserta nya… dan aku perhati peserta-peserta nya semua adalah golongan tua. Jadi dimana golongan muda?
  3. Ya.. Jangan cepat sentap… Dulu dan sehingga hari ini, surau kat kampung gua ni ada satu penyakit… Penyakit merasa diri cukup tinggi dalam ilmu agama tapi bertindak seperti kafir. Penyakit itu dihidapi oleh sebahagian pakcik-pakcik yang menunaikan solat di surau tersebut setiap malam.
  4. Apa penyakit tersebut ?
    1. Pakcik-pakcik tersebut memarahi kanak-kanak nakal yang bermain di dalam surau dan membuat bising. Ada satu ketika, seorang pakcik mengumpulkan semua kanak-kanak yang ada (bermain atau tidak, semua kena kumpul) dan memberi ceramah yang agak keras beserta amaran “SIAPA YANG BUAT BISING ESOK JANGAN DATANG LAGI”…
    2. Sebahagian pakcik-pakcik tidak menghormati kanak-kanak yang solat.  Disini kanak-kanak solat di barisan belakang, katakan ketika mula solat 3 saf dihadapan telah dipenuhi makmum dewasa, kanak-kanak tersebut solat di saf ke-4.. Tiba-tiba datang pakcik yang kelewatan dan melihat saf tiga dihadapan telah penuh, dengan selambanya menepuk kanak-kanak yang sedang bersolat itu untuk ke saf belakang, iaitu ke saf ke-5, dan pakcik tersebut solat di saf ke-4.
  5. Korang ada pendapat masing-masing dengan kedua-dua penyakit yang gua nyatakan tu.
  6. Jadi apa kaitan nya dengan marbahan? Perkara tersebut telah berlaku sejak gua kanak-kanak lagi, sehingga gua hampir mencecah 30, perkara tersebut terus-terusan berlaku.. Akibat nya, kesan jangka masa panjang, tiada anak muda yang berminat untuk ke surau tersebut untuk bersolat ataupun bercampur dengan masyarakat.
  7. YA.. itu lah kesannya kerana ketika mereka kanak-kanak mereka telah diherdik supaya “jangan datang ke surau lagi”. Kanak-kanak mana yang tak suka bermain, tegur tak salah tapi cara teguran tu tak nampak pun pakcik tu orang ber agama.
  8. Jadi tidak hairan lah jika marhaban sudah tiada anak-anak muda yang menyertai nya..
  9. Pakcik, kat arab, kanak-kanak main lari-lari depan Kaabah.. Polis yang menjaga disitu, orang-orang arab di sana tak ada maki-maki macam pakcik buat ni pakcik.. Kalau pakcik dah timbulkan rasa benci dalam diri kanak-kanak untuk ke surau, pakcik rasa bila mereka dewasa mudah ke untuk mereka mencintai surau?
Kongsikan Artikel Ini

Author Description

Seorang pengaturcara perisian komputer. Peminat buku-buku bacaan alternatif dan puisi. Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia pelaburan saham. Membangunkan blog khas untuk Rekod Kajian Saham yang telah dilakukan secara peribadi iaitu - www.pergh.biz -

Comments are closed.