Ubuntu melancarkan demo di web browser

ubuntu online

  1. Ubuntu melancarkan demo version untuk OS terbaru mereka menggunakan web browser. Baru mereka yang baru cuba-cuba untuk melihat tentang apa yang diperkatakan tentang Ubuntu & Linux, boleh lah pergi ke laman ini : http://tour.ubuntu.com/en/
  2. Kat sini gua betul-betul respect pada pihak Canonical, yang sememangnya dari awal berusaha dan melabur bersungguh-sungguh dalam menjadikan Linux popular.
  3. Aku juga mengenali Ubuntu dahulu sebelum aku betul-betul mengenali tentang Linux. Itu ketika sekitar tahun 2005 (hampir 16 tahun yang lalu). Sewaktu itu aku rasakan yang Linux hanya popular dikalangan orang-orang IT.
  4. Tetapi setelah Canonical memperkenalkan Ubuntu kepada umum, semenjak itu ramai mereka yang bukan dari bidang IT mengenali sedikit sebanyak tentang Linux. Sehinggakan beberapa kali aku bertemu beberapa orang yang bukan dalam bidang IT, mereka bertanyakan “Eh awak guna Ubuntu”…
  5. Dari situ aku dapat lihat (sama ada anda setuju atau tidak), Ubuntu antara lagenda yang telah menaikkan nama Linux dikalangan pengguna-pengguna bukan IT.

Paparan Demo

ubuntu onlineubuntu2

6. Buat masa ini demo tersebut masih lagi di peringkat awal dan korang cuma boleh melakukan perkara-perkara asas seperti directory browsing, melihat senarai applikasi dan melihat Ubuntu Software Centre. Penggunaan yang menyeronokkan seperti penggunaan terminal masih belum disediakan. Mungkin penggunaan terminal menyeronokkan untuk orang-orang IT sahaja, sebab itu pihak Canonical dan Ubuntu tidak menyediakan paparan tersebut untuk demo ini.

7. walaupun aku telah lama menggunakan Linux Mint dan telah selesa dengan nya, Ubuntu tetap sesuatu yang aku hormati. Sekian~