WordPress RESTful API

WordPress REST API sebelum ini hanya dikenali sebagai WP-API ataupun WP JSON API. Bermula versi 4.7 yang dikeluarkan pada Desember 2016, WordPress Rest API diangkat menjadi core feature didalam CMS ini.

WordPress REST API adalah RESTful API yang menggunakan HTTP request untuk mendapatkan akses kepada data di wordpress. Data tersebut akan di berikan di dalam bentuk JSON format.

Penggunaan WordPress REST API merupakan satu kelebihan baru untuk developer, yang mana kita boleh menggunakan data dari wordpress tanpa perlu melalui template, RSS ataupun XML-RPC.

Malah dengan WordPress API kita bukan sahaja boleh mengakses data yang terdapat di wordpress, tetapi boleh melakukan CRUD proses tanpa perlu melalui WordPress Admin screen.

CRUD =

  • Create
  • Read
  • Update
  • Delete

Kelebihan ini memberi idea kepada saya untuk melakukan eksprimen Mobile App untuk blog ini. Kerana dengan adanya WordPress API, saya boleh membangunkan mobile app untuk memaparkan blog saya ini tanpa perlu mengubah bentuk sedia ada sekarang.

Terma-terma Asas RESTful API

  • REST = Representational State Transfer
  • RESTful menggunakan standart item GET, POST, PUT, dan DELETE untuk menerima dan menghantar data dari atau ke server.
  • RESTful app menggunakan URI untuk berhubung ke sumber data.
  • API = Application Programming Interface
  • API merupakan set rutin, protokol dan tool untuk membangunkan sesuatu applikasi. atau bahasa pasar seorang programmer, Business Rules..
  • RESTful API, antaramuka untuk applikasi programming yang menggunakan URI untuk mengakses sumber data.
  • JSON = JavaScript Object Notation.
  • JSON merupakan standart format untuk menghantar data object dalam format & attribute tertentu untuk diproses applikasi seterusnya.