Selamat kembali ke bulan Januari. Di awal tahun pasti antara kita mempunyai perancangan untuk mengembangkan lagi karier masing-masing. Untuk adik-adik yang baru selesai pengajian pula, pasti mencabar untuk memulakan langkah pertama ke alam pekerjaan.
Sewaktu saya melayari Linked, saya menjumpai beberapa perkongsian berkaitan soalan yang biasa di tanya ketika kita melalui proses temuduga. Saya berjaya mengumpulkan lebih 50 soalan dan contoh jawapan yang pada hemat saya boleh digunakan untuk apa-apa jua posisi kerja. Untuk kali ini saya senaraikan 10 dahulu, jika ada permintaan kita kongsikan selebihnya.
1. Terangkan mengenai diri anda. (Tell me about yourself)
- Terima kasih. Saya memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dalam bidang Kecerdasan Buatan. Saya mempunyai 10 tahun pengalaman bekerja di dalam pembangunan perisian. Saya diberi peluang untuk bekerja di dalam pelbagai projek, bermula dari seorang pembangun web applikasi kemudian membangunkan mobile app dan terkini memimpin pasukan pengaturcara untuk beberapa projek. Saya dikenali dengan kemahiran menyelesaikan masalah dan keupayaan untuk bekerja secara kolaboratif dengan pelbagai pasukan. Di luar waktu kerja pula, saya cenderung untuk memberi bantuan atau mentor kepada junior developer di dalam forum-forum dan social media.
2. Mengapa kami perlu melantik awak? (Why should we hired your?)
- Encik perlu melantik saya untuk posisi ini kerana saya mempunyai pelbagai kemahiran di dalam membangunkan perisian, pengalaman memimpin pasukan dan rekod prestasi yang terbukti membuahkan hasil yang baik. Saya bukan sahaja mengetuai pasukan yang menyelesaikan projek kritikal mengikut jadual tetapi berjaya melakukan penambahbaikan dan membantu penjimatan kos operasi syarikat. Keupayaan saya bekerjasama dan komitment saya yang sentiasa berterusan belajar memperbaiki keadaan menjadikan saya seorang yang berharga kepada mana-mana kumpulan.
3. Mengapa anda mahu bekerja di sini? (Why do you want to work here?)
- Saya ingin bekerja di sini kerana saya tertarik dengan budaya inovasi dan komitmen yang di amalkan syarikat ini. Pada saya amalan ini mampu membawa perubahan kepada dunia. Reputasi syarikat yang memupuk perkembangan dan pembangunan pekerja juga sejajar dengan aspirasi kerjaya saya. Saya teruja untuk mendapatkan peluang menyumbang kemahiran saya dan menjadi sebahagian dari kumpulan yang melakukan perubahan ini.
4. Apa yang anda tahu mengenai syarikat ini? (What do you know about our company?)
- Saya telah meneliti syarikat tuan dan kagum dengan inovasi projek yang pihak syarikat laksanakan. Komitment dan pelaksanaan syarikat mampu berkembang keperingkat yang lebih tinggi mungkin ke antarabangsa menarik perhatian saya. Saya percaya pengalaman saya dalam pengurusan projek di dalam pelbagai industri sejajar dengan pertumbuhan syarikat tuan. Misi syarikat untuk mengubah cara kerja semasa melalui teknologi selari dengan penilaian peribadi dan profesional saya.
5. Apakah kekuatan terbesar anda? (What’s your greatest strength?)
- Salah satu kekuatan terbesar saya ialah kemampuan saya untuk menyesuaikan diri didalam perubahan teknologi. Saya sentiasa berkembang di dalam persekitaran yang dinamik dan secara konsistem menunjukkan keupayaan untuk menguasai teknologi baru dengan cepat. Sebagai contoh, pada pekerjaan saya sebelum ini, saya telah diminta untuk mengetuai projek yang melibatkan penggunaan framework kit terbaru untuk membangunkan mobile applikasi. Saya berjaya menguasai perubahan tersebut dan membawa kumpulan menyelesaikan projek tepat pada masanya.
6. Apakah kelemahan terbesar anda? (What’s your greatest weakness?)
- Saya pernah mempunyai masalah dalam membahagikan tugas dan sering memikul terlalu banyak tugasan untuk saya selesaikan sendiri. Walau bagaimanapun, saya menyedari kelemahan ini dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran saya mengendalikan setiap tugasan bersama pasukan. Saya turut memahami kepentingan memperkasakan ahli kumpulan dengan pelbagai jenis tugasan bagi meningkatkan produktiviti dan semangat kumpulan.
7. Mengapa anda ingin meninggalkan kerja anda sekarang atau sebelum ini? (Why did you leave your last job?)
- Saya meninggalkan perkerjaan semasa/sebelum ini kerana saya merasakan saya telah mencapai peluang yang ditawarkan. Saya sedang mencari cabaran baru dan peranan yang lebih sejajar dengan matlamat kerjaya saya. Saya ingin menyumbang kemahiran dan keparan saya kepada syarikat yang saya mampu memberi impak yang lebih ketara. Disebabkan itulah saya teruja dengan peluang untuk bersaya syarikat tuan.
8. Dimanakah anda melihat disi anda dalam 5 tahun? (Where do you see yourself in 5 years?)
- Dalam 5 tahun, saya melihat diri saya sebagai sebahagian dari kepimpinan dalam syarikat, mungkin sebagai pengurusan projek. Saya berdedikasi untuk pertumbuhan berterusan dan ingin memanfaatkan pengalaman saya untuk mentor dan memimpin pasukan ke arah kejayaan sambil menyumbang kepada matlamat jangka panjang syarikat.
9. Bagaimana anda mengendalikanĀ tekanan kerja di dalam tugasan? (How do you handle stress or pressure?)
- Saya mengendalikan tekanan dengan terlebih dahulu memastikan segalanya kekal teratur. Saya akan membahagikan tugas kepada beberapa langkah yang boleh diselesaikan. Saya juga membuat keutamaan mengikut kepentingan semasa dan mengekalkan komunikasi antara pasukan untuk memastikan semua orang selaras dan memahami situasi semasa. Selain itu saya mengambil kesempatan untuk berehat sebentar untuk mengekalkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan yang sihat.
10. Terangkan situasi di mana anda terpaksa bekerja dengan rakan sekerja yang sukar. (Describe a situation where you had to work with a difficult coworker)
- Dalam pengalaman saya sebelum ini, saya bersama rakan sekerja yang mempunyai gaya kerja dan pendekatan komunikasi yang berbeza. Perkara tersebut membawa sedikit konflik dalam urusan projek. Untuk menyelesaikan perbezaan tersebut, saya memulakan perbualan berdua bersama untuk memahami perspektif rakan tersebut untuk mencari titik persamaan. Kami mewujudkan garis panduan komunikasi yang jelas antara kami bagi meningkatkan kerjasama yang ketara dan membawa perubahan dinamik kepada pasukan.