Kumpulan Spider akhirnya mengeluarkan Single terbaru mereka bertajuk Keluar Sarang pada 25 Julai 2024.

Lagu ini pertama kali di perdengarkan sewaktu Konsert Keluar Sarang mereka pada 22 June 2024 di Zepp Kuala Lumpur. Masih ramai tidak boleh move on dari konsert tersebut dan meminta untuk di adakan lagi konsert dan kali ini lebih besar. Jika anda peminat spider, mahukah anda datang ke konser tersebut? Follow saya di Thread @sirbeyta

Dibawah adalah lirik lagu terbaru mereka. Layan~

 

Spider – Keluar Sarang

Tergelincirku di dalam mata rindumu
Menjadikan ku sebegini
Tiada apa lagi nak aku kesahkan
Dunia memangnya duri

Kau puja nama
Kau puja rupanya
Asal hidup
Bisa diatur

Kerana dirimu
Sukar nak diubah
Keranamu
Cinta yang mudah

Teori kehidupan
Masih sama rentak
Apa yang dilihat benar
Hanya wayang(an) pacak

Ku cuba meleraikan
Fahaman yang usang
Apa yang ku dapat
Hanya mimpi songsang

Keluar sarang
Jiwaku kental bagaikan hero
Ohh…
Keluar sarang
Jangan percaya si tukang karut

Tak rela lagi hidup
Di zaman yang sulit
Bagai vaksin
Tembusi kulit
Hanyaku mampu berserah
Pada pemilik
Yang lebih tahu segala
Apa di sebalik

 

By tajuzzaman

đź“ŤKelabu Ventures đź“ŤAurora Cloud Works Sdn Bhd . A magician who writes code for computer, web, ios & android app . Servant of The One, Soldier of life