Menguruskan pekerja dengan cekap adalah kunci kejayaan dan kelancaran operasi bagi mana-mana pun syarikat atau perniagaan. Sebagai seorang software developer yang sentiasa fokus memberi kemudahan dan mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah urusan harian, saya amat teruja untuk memperkenalkan AuroraHRM.
AuroraHRM adalah Sistem Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management System, HRMS) yang paling lengkap dan telah dibangunkan berdasarkan penggunaan sebenar di pelbagai jenis industri.
Kenapa AuroraHRM?
AuroraHRM sangat berlainan berbanding sistem-sistem HR yang berada di pasaran hari ini. Terbina bersama 30 module, dari Operasi harian seperti Gaji, Kehadiran dan kerja lebih masa. AuroraHRM turut mempunyai fungsi pengurusan bakat seperti Performance, Succession Plan, Manpower Plan dan sebagainya. Semua modul berintegrasi di dalam 1 sistem.
Berikut adalah beberapa ciri utama:
- Pengurusan Data Pekerja (Employee Module): Mudah mengurus dan mengakses semua maklumat berkaitan pekerja di satu tempat. Dari butiran peribadi hingga sejarah pekerjaan, AuroraHRM menyimpan semuanya dengan teratur dan selamat.
- Pemprosesan Gaji (Payroll): Mengautomasi pengiraan gaji dan memastikan pembayaran yang tepat pada masanya. AuroraHRM berintegrasi dengan sistem kewangan untuk mempermudah pengurusan gaji.
- Penjejakan Kehadiran (Attendance, Leave and Overtime): Memantau kehadiran dan rekod cuti pekerja dengan mudah. Sistem kami menyokong integrasi biometrik untuk penjejakan yang tepat.
- Penilaian Prestasi (Performance/KPI): Melakukan ulasan dan penilaian prestasi dengan mudah. AuroraHRM menyediakan alat untuk menetapkan matlamat, menjejaki kemajuan, dan memberikan maklum balas yang konstruktif.
- Pengurusan Pengambilan (Recruitment): Mempermudah proses pengambilan dengan modul pengambilan kami. Iklankan kekosongan jawatan, jejak permohonan, dan mempermudah proses temu duga.
- Pematuhan dan Pelaporan (Report): Kekal mematuhi undang-undang buruh dan menjana laporan terperinci mengenai pelbagai metrik HR. AuroraHRM memastikan anda mempunyai data yang anda perlukan di hujung jari.
Integrasi dengan Teknologi Moden
Di teras AuroraHRM adalah pangkalan data yang kukuh, memastikan integriti dan keselamatan data. AuroraHRM menyediakan pelbagai integrasi bersama bank-bank tempata, LHDN, Perkeso dan pelbagai sistem kewangan lain. Ia mampu membantu anda melancarkan operasi syarikat anda. Teknologi ini menyediakan pengalaman yang lancar dan responsif kepada pengguna.
Jangan ragu untuk menghubungi kami jika ada sebarang pertanyaan atau untuk meminta demo. Bersama-sama, mari kita buat pengurusan HR lebih cekap dan berkesan dengan AuroraHRM.
Email : sales [at] auroracw [dot] com
website : https://auroracw.com