Kalau anda guna Android Studio dengan dua monitor, mungkin pernah alami masalah ini:
Emulator hang atau terus tertutup bila drag ke monitor kedua.
Berikut langkah ringkas untuk selesaikan.
Langkah 1 – Buka Device Manager
-
Buka Android Studio
-
Klik Device Manager (kanan atas atau melalui menu)
-
Cari emulator yang digunakan
Langkah 2 – Edit Emulator
-
Klik ikon Edit (ikon pensel) pada emulator
-
Klik Show Advanced Settings
Langkah 3 – Tukar Setting Graphics
Scroll ke bahagian:
Emulated Performance → Graphics
Tukar kepada:
Software
Kemudian klik Finish.
Setting ini akan mengelakkan emulator daripada crash apabila dipindahkan antara monitor.
Langkah 4 – Cold Boot Emulator
Untuk pastikan setting baru digunakan:
-
Pergi ke Device Manager
-
Klik anak panah di sebelah emulator
-
Pilih Cold Boot Now
Elakkan menggunakan Quick Boot jika sebelum ini emulator pernah crash.
Nota Tambahan
-
Mode Software lebih stabil untuk penggunaan multi-monitor.
-
Jika emulator terasa sedikit perlahan, itu adalah normal kerana ia tidak menggunakan GPU sepenuhnya.
-
Selepas update Android Studio pada masa akan datang, semak semula setting ini kerana ia mungkin kembali ke Automatic.
Kesimpulan
Jika Android Emulator hang atau tertutup bila drag ke monitor lain, puncanya biasanya dari Graphics Mode.
Menukar kepada Software adalah penyelesaian paling mudah dan stabil.
