Untuk menukar password WordPress menggunakan SSH (Secure Shell), kita memerlukan akses kepada server host WordPress tersebut. SSH membenarkan kita membuat perubahan sama ada kepada file applikasi ataupun database menggunakan command line. Dibawah adalah step mudah untuk reset password WordPress hanya menggunakan SSH:
-
- Connect kepada Server menggunakan SSH.
Jika di Google Cloud, anda boleh klik butang SSH di bahagian ini.
- Navigate kepada Directory WordPress
Kebiasaan lokasi directory untuk WordPress akan berada di /var/www/html. Jika anda menggunakan Bitnami, lokasi mungkin sedikit berbeza, tetapi konsep masih sama. Anda perlu merujuk kembali kepada dokumen yang disedikan oleh Bitnami.cd /path/to/wordpress
- Access Database WordPress
Sebelum memulakan update statement menggunakan SSH, anda memerlukan info untuk akses kepada database seperti Database Name, Username serta Password database. Maklumat tersebut turut boleh di ambil dari file wp-config.php di direktori wordress. Anda boleh membuka wp-config.php menggunakan text editor seperti Nano ataupun Vim.define('DB_NAME', 'database_name_here'); define('DB_USER', 'username_here'); define('DB_PASSWORD', 'password_here');
- Connect ke Mysql
Gunakan command dibawah untuk connect kepada databaseĀ mysql. Gantikan your_mysql_username kepada username mysql. Setelah itu, SSH akan meminta untuk memasukkan password mysql.mysql -u your_mysql_username -p
- Connect ke Database dan Update Statement
Langkah seterusnya, gunakan command dibawah untuk menghubungkan session anda kepada database terlibat. Kemudian execute SQL statement untuk Update maklumat password anda.USE your_database_name; UPDATE wp_users SET user_pass = MD5('new_password') WHERE user_login = 'username_to_reset';
- Itu sahaja. Selamat mencuba.
- Connect kepada Server menggunakan SSH.