ChatGPT merupakan Chatbot AI yang dibangunkan oleh OpenAI. Ia sangat popular, terutama sebagai pembantu dalam pelbagai perkara. Kita boleh berbicara melalui text secara neutral ataupun gaya percakapan seharian, dan ChatGPT akan membalas pertanyaan anda.

Selain ChatGPT, terdapat beberapa altenatif lain yang boleh kita cuba.

1. Google Gemini

Sebelum ini Google Gemini dikenali sebagai Bard. Ianya masih di versi awal (pada tarikh artikel ini ditulis). Gemini juga boleh diaccess secara percuma, dan pakej berbayar turut boleh dilanggan.

Untuk versi percuma, anda turut dibenarkan untuk menghasilkan gambar menggunakan prompt yang anda masukkan.

Link Google Gemini

2. Microsoft Copilot

Microsoft turut tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan Chatbot AI. Mereka menghasilan Copilot yang dikatakan berasaskan Microsoft Graph data. Ianya sedikit berlainan kerana ianya turut di jadikan sebagai features di dalam persekitaran Windows Operating System. Ketika saya menulis ini, Copilot Preview telah boleh di akses di dalam Windows 11.

Selain itu, jika anda pelanggan Microsoft 365, Copilot turut boleh di akses di dalam applikasi seperti Microsoft Word. Anda boleh nyatakan apa dokumen atau jenis penulisan yang ingin anda buat di word, dan Copilot boleh membantu merangkakan dokumen tersebut untuk anda. Menarik bukan?

Link Microsoft Copilot

3. Jasper.ai

Berbeza dengan ChatGPT, Gemini dan Copilot. Jasper.ai merupakan Chatbot Ai yang berfokuskan kepada bantuan perniagaan. Ia berlanskapkan kepada bantuan pemasaran sesebuah perniagaan. Jasper.ai mampu menghasilkan Artikel, Product Description, dan copywriting kepada produk anda. Ianya tiada pakej percuma namun anda boleh mencuba sebagai trial version.

Link Jasper.ai

4. Claude

Claude Ai ini sedikit unik. Mereka mengatakan mereka adalah Generasi seterusnya kepada AI Assistant. Ini membawa maksud mereka mengatakan mereka adalah Generasi selepas ChatGPT, Gemini dan sebagainya.

Ianya dirancang untuk menjadi pembantu yang Jujur dan Tidak Berbahaya. Namun fungsi nya masih sama seperti ChatGPT, Pencarian, soal jawap, ringkasan artikel dan pengaturcaraan.

Link Claude

5. Perplexity

Perplexity ini sama juga seperti ChatGPT. Tetapi keisitmewaan nya dikatakan data atau trained data yang digunakan untuk Perplexity ini adalah daripada sumber-sumber yang lebih akurat seperti kertas-kertas kajian dan sebagainya.

Link Perplexity

6. Elicit

Ianya seperti Perplexity, ia pembantu AI yang diasaskan daripada sumber-sumber yang dipercayai. Ia dijana berasakan lebih 200 juta kertas kajian dari Semantic Scholar.

7. Learnt.ai

Learnt.ai merupakan platform AI yang lebih kepada pengkhasilan konten berbentuk untuk pembelajaran ataupun Training. Ia mampu membuat draf pengajaran dan pembelajaran yang anda perlukan. Ia sangat sesuai bagi mereka yang bekerja sebagai Trainer.

 

8. Otter

Otter ini sangat menarik kepada mereka yang sentiasa bekerja sebagai remote worker. Otter boleh membantu anda merekod, mengambil nota, merakam slide dan menghasilakan summary daripada Meeting online anda seperti Zoom, Google Meet atau Microsoft Team.

By tajuzzaman

📍Kelabu Ventures 📍Aurora Cloud Works Sdn Bhd . A magician who writes code for computer, web, ios & android app . Servant of The One, Soldier of life