Ini merupakan fungsi menarik dari Gmail yang ramai tidak tahu. Kita sebenarnya boleh memiliki Gmail address tanpa had dengan menggunakan Gmail address sedia ada. Teknik ini sebenarnya amatlah menarik.

Teknik ini dipanggil “Plus addressing”, iaitu menggunakan simbol tambah pada gmail address kita.

username+infinity@gmail.com

Plus addressing

Teknik “Plus addressing” ataupun di dalam bahasa melayu boleh kita panggil sebagai “teknik alamat simbol tambah” merupakan salah satu features yang di perkenalkan oleh gmail dengan membenarkan pengguna gmail menambahkan simbol + selepas alamat email sedia ada. Teknik ini membantu kita membuat penyusunan dan mengkategorikan jenis email yang kita terima.

Untuk menggunakan fungsi ini, kita cuma perlu memasukkan simbo tambah (+) selepas prefix alamat email kita. Harus dipastikan tiada space diletakkan.

Sebagai contoh alamat email saya harrypotter@gmail.com. Untuk menggunakan teknik ini, kita boleh menggunakan seperti ini:

  • harrypotter+shopping@gmail.com
  • harrypotter+tgv@gmail.com
  • harrypotter+newsletter@gmail.com

Teknik ini sangat sesuai untuk kita gunakan sewaktu mendaftar ataupun Sign Up dimana-mana laman web online, dan semua email-email tersebut tetap akan diterima di alamat asal anda iaitu harrypotter@gmail.com

Teknik ini amat membantu untuk kita:

  • mengkategorikan email diterima
  • memantau jika terdapat kebocoran data, ataupun data kita dikongsikan kepada pihak ketiga: contoh sewaktu signup di shopee, mungkin kita boleh daftar sebagai harrypotter+shopei@gmail.com. Jika kita menerima email dari sumber lain menggunakan address ini, kita boleh membuat prasangka buruk kepada laman web tersebut. shhh..
  • memanipulasi pendaftaran Free Trial.

Selamat mencuba.

By tajuzzaman

📍Kelabu Ventures 📍Aurora Cloud Works Sdn Bhd . A magician who writes code for computer, web, ios & android app . Servant of The One, Soldier of life