Setelah hampir 2 dekad menulis kod program applikasi dan web, di sini saya dapat simpulkan beberapa habit buruk yang kebanyakan dari programmer lakukan *termasuk yang menulis*. =R

Kesilapan boleh menyebabkan kehadiran system glitch, tetapi habit buruk ini boleh menyebabkan gaduh antara programmer terutama kepada programmer pewaris..

  1. Terlalu banyak perkara dibuat di dalam satu fungsi (Function)
    1. Sesuatu function sepatutnya bertanggungjawap memproses satu perkara sahaja. Sering kali satu function menjadi hub meletakan perkara seperti data validation, save, fetch data dan memaparkan data.
    2. Proses-proses besar seperti itu seharusnya di asingkan kepada beberapa Function dan elakkan untuk menghimpun kepada 1 function sahaja.
    3. Kerumitan function tersebut boleh mencetus kesilapan sewaktu kerja-kerja penyelenggaraan atau naik taraf sistem.
  2. Commented-Out Code
    1. Kesemua dari kita (programmer) pernah melihat dan melakukan perkara ini. Commented-Out code dan meninggalkan bahagian tersebut menjadi legasi.
    2. Kebanyakan dari kita jika melihat Commented-Out code juga takut untuk memadamnya kerana berfikiran, mungkin akan digunakan semula atau seseorang akan memerlukannya di kemudian hari.
    3. Kewujudan Version Control seperti Git dan SVN, membuatkan kita sepatutnya delete sahaja bahagian tersebut dan jika seseorang memerlukannya, ia boleh didapati semula melalui version control.
    4. Jika anda rasa benar-benar perlu melakukan commented-out, saya cadangkan anda letakkan sedikit comment atau keterangan beserta tarikh. Dimasa akan datang kita akan lebih jelas sama ada kita perlukan ia atau tidak.
  3. Penggunaan Variable yang tiada maksud jelas
    1. Ada kalanya kita mengejar masa untuk menyelesaikan program kita. Dan seringkali terjadi kita sekadang menggunakan apa sahaja perkataan untuk declare sebagai variable sistem kita.
    2. Perkara ini perlu disiplin yang tinggi untuk kita elakkan. Penggunaan Variable yang tiada makna jelas menyukarkan programmer lain yang akan mengambil alih tugas untuk memahaminya. Ia akan mengambil masa programmer lain untuk memahami bahagian code anda dan juga akan menyebabkan sistem glitch berlaku.
  4. “Magic Numbers”
    1. “Magic numbers” adalah sebahagian dari Hard Code value atau variable. Seperti contoh membuat for loop, for (@i=1; @i <= 25; @i++)… Dari mana datangnya nilai 25 itu ? Ia pasti merumitkan untuk programmer lain memahaminya. Adakah ia jumlah hari berkerja sebulan? atau apa?
    2. Saranan saya, declare nilai itu kedalam variable yang lebih bermakna dan gunakan variable tersebut pada langkah seterusnya.
  5. Formatting code yang huru hara
    1. Formatting code dan penyusunan code adalah amat penting dan sangat bermakna jika anda lakukan.
    2. Ia membantu anda melihat dengan jelas program anda dan juga mengurangkan masa anda dan programmer lain memahami code anda.
    3. Kebanyakan IDE hari ini telah mempunyai fungsi Formatting Code. Jadi sila amalkan formatting code agar code anda cantik.
  6. Hard-Code
    1. Hard-Code juga sering dilakukan. Selalunya kita akan menganggap ia solution sementara. Tetapi akhirnya ia akan kekal sehingga anda menerima issue pada bahagian yang terlibat atau permintaan customer untuk merubah rule yang telah anda hard code.
    2. hard-Code pada value yang sememangnya tetap tiada masalah dan mampu mengurangkan interaksi antara user dan server. Tetapi hard-code pada value yang melibatkan proses yang boleh berubah dimasa akan datang hanya akan menjadi technical-debt kepada sistem anda.

Itu sahaja buat masa ini. Jangan lupa subcribe kepada Youtube channel saya untuk mendapatkan Video-video tutorial yang mungkin akan saya kongsikan.

By tajuzzaman

📍Kelabu Ventures 📍Aurora Cloud Works Sdn Bhd . A magician who writes code for computer, web, ios & android app . Servant of The One, Soldier of life