1. 26 August 2023 mungkin menjadi tarikh perit buat pemain JDT, kerana impian untuk mencipta rekod dunia terbantut tahun ini.
    2. Seperi semua sedia maklum, dan turut saya kupas pada post sebelum ini yang JDT dalam perjalanan memecahkan rekod dunia untuk 100% kemenangan dalam liga. (Post berkaitan) JDT telah melalui 20 perlawanan Liga Super dengan kemenangan, tetapi pada perlawanan ke 21 menentang Kedah hari ini mereka hanya mampu seri 3-3.
    3. Kedah turut mendahului 2-0 pada awalnya sehingga minit ke 52 dan terus ditinggalkan JDT dengan 3-2… Namun Kedah berjaya menyamakan semula kedudukan dengan jaringan minit 92.
    4. Tidak cukup dengan itu, JDT dikira akan menjulang gelaran juara liga super 2023 awal jika memenangi perlawanan malam ini. Tetapi tertangguh sehingga 29 September dengan perlu seri menentang PDRM.(Post berkaitan)
    5. Perlawanan malam ini juga menjadikan jumlah bolos JDT terbesar untuk 1 perlawanan pada tahun ini.
    6. Tahniah buat Kedah, dan Good Luck kepada JDT untuk perlawanan menentang Kawasaki pada 19 September ini.
    7. Apa kata anda?

By tajuzzaman

đź“ŤKelabu Ventures đź“ŤAurora Cloud Works Sdn Bhd . A magician who writes code for computer, web, ios & android app . Servant of The One, Soldier of life