1. Berikutan liga super Malaysia 2023 yang hampir ke penghujung musim, dan sewaktu post ini ditulis Johor Darul Takzim FC (JDT) telah pun melalui 20 perlawan dan mengutip mata penuh 60 mata dengan tidak kalah atau seri di setiap perlawanan.

2. Jadi dengan bantuan ChatGPT, saya membuat sedikit kajian mengenai pasukan bola sepak dunia lain yang telah pun memenangi keseluruhan perlawanan di dalam liga mereka. Dan dibawah ini adalah senarai yang di keluarkan. (disclaimer: Maklumat ini berdasarkan data sehingga September 2021 sahaja).

  1. Celtic FC – Scottish Premiership, 2016-2017
    • Menurut ChatGPT Celtic FC memenangi 38 perlawanan liga dengan mata 114 point.
    • Tetapi semakan semula di buat di Google, Celtic FC hanya memenangi 34 perlawanan dan seri 4 perlawanan. Mungkin ada kesilapan fakta di ChatGPT terima.
  2. Ajax Amsterdam – The Dutch Eredivisie – 1971-1972
    • Menurut ChatGPT, Ajax memenangi 34 perlawanan dengan point 68.
    • Sama seperti Celtic FC, maklumat tersebut mungkin kurang tepat.
    • Menurut maklumat yang ditemui di Wikipedia, Ajax hanya memenangi 30 perlawanan dari 34, 3 seri serta kalah 1 kali. Mata akhir mereka ada lah 63 mata.
    • Ini menjadikan Ajax Amsterdam juga bukan lah pasukan yang boleh dikatan memenangi kesemua perlawanan.
  3. Rangers FC – Scottish Division One – 1898-1899
    • Menurut ChatGPT dan semakan dibuat, fakta menyatakan pada musim tersebut Rangers FC memenangi kesemua 18 perlawanan liga.
    • Jika dikira, ini berlaku kira-kira 125 tahun yang lalu.
    • Sumber : Wikipedia

3. Buat masa ini, itu sahaja maklumat yang ditemui. Jika JDT berjaya memenangi kesemua perlawanan di dalam Liga Super pada tahun ini, adakah JDT akan mencatat rekod dunia terbaru selepas 125 tahun Rangers FC memegangnya ? Apa kata anda?

By tajuzzaman

📍Kelabu Ventures 📍Aurora Cloud Works Sdn Bhd . A magician who writes code for computer, web, ios & android app . Servant of The One, Soldier of life