Untuk mereka yang mengunakan Linux Mint, SimpleScreenRecorder merupakan satu applikasi yang baik bagi saya untuk merakan desktop komputer. Apa lagi ianya juga adalah applikasi percuma dan tanpa iklan. Menarik bukan?

SimpleScreenRecorder menawarkan antara muka yang intuitif dan pelbagai ciri untuk rakaman skrin yang sangat lancar. Ia sangat membantu dalam keadaan saya hanya menggunakan sebuah laptop lama yang mempunyai spesifikasi yang rendah. Rakaman untuk tutorial atau sekadar tangkap layar untuk kerja sangat lancar dan kurang ralat berlaku.

Menarik lagi, SimpleScreenRecorder membenarkan kita untuk menyesuaikan kualiti rakaman yang diperlukan, format video dan audio mengikut kesesuaian terutama jika kita ingin membuat content kepada Youtube, Tiktok ataupun Reels Instagram. Yang menarik juga, sewaktu rakaman berjalan, ia turut tidak memberi kesan kepada performance PC/Laptop kita.

Untuk muat turun, boleh gunakan link ini:  Download SimpleScreenRecorder for Linux Mint

 

By tajuzzaman

📍Kelabu Ventures 📍Aurora Cloud Works Sdn Bhd . A magician who writes code for computer, web, ios & android app . Servant of The One, Soldier of life